Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.da/] | لدق

Definisi : ; meledak 1. pecah dan meletup (dgn kuat), meletus: bom yg dilemparkannya itu telah ~ betul-betul tepat pd sasarannya; barang ~ barang-barang yg mudah meletup (spt ubat bedil dll); 2. ki terbit (peperangan, pertengkaran, dll), timbul: peperangan Rusia-Jepun mula ~ di Port Arthur pd tahun 1904; meledakkan 1. menjadikan meledak, meletup­kan: mereka sengaja ~ tempat simpanan peluru dan bom itu; 2. menyebabkan terbit­nya atau timbulnya sesuatu hal (spt peperangan, kemarahan, dll): ~ revolusi; ledakan, peledakan 1. perihal meledak, letupan: sesekali pd waktu malam terdengar juga bunyi ~ meriam; 2. perihal meledakkan (meletupkan) sesuatu: menghentikan ~ bom hidrogen utk menyelamatkan umat dunia; 3. pertambahan (pertumbuhan) yg sangat besar dan mengejut: ~ penduduk; ~ mak­lumat yg dipelopori teknologi komputer dan elektronik; peledak alat elektrik atau elektronik yg digunakan utk meledakkan bahan letupan spt bom atau dinamit, peletup; bahan ~ benda yg dapat meledak (diletupkan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.da/] | لدق

Definisi : ; meledak 1 pecah dan meletup dgn kuat; meletus: Bom yg dijatuhkan oleh kapal terbang itu telah ~ betul-betul di tengah kota. 2 terbit (peperangan, perkelahian dll): Peperangan dunia kedua mula ~ dlm tahun 1939. meledakkan 1 menjadikan meledak; meletupkan; meletuskan: Mereka telah ~ tempat simpanan peluru musuh. 2 menyebabkan terbitnya sesuatu hal (peperangan dll). ledakan 1 bunyi drpd sesuatu yg meledak. 2 kejadian meledak; letupan; letusan: Semasa berlaku ~ gunung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama dgn benda-benda lain. peledakan perbuatan meledak atau meledakkan sesuatu; peletupan: Dia ditangkap kerana turut terlibat dlm ~ bank tsb. peledak alat yg meledakkan (bom, dinamit dsb). bahan ~ bahan yg dpt meledak (spt ubat bedil). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ledak
Rujuk :letup


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blastledak; semburSukanTiadaTiada
explosive limitshad ledakKejuruteraanTiadaHad kandungan gas dalam campuran gas dan udara supaya campuran dapat meledak.
explosion shotpukulan ledak semburSukanTiadaTiada
megatonmegatonFizikModenTenaga yang dibebaskan oleh 1000 000 ton metrik bahan ledak kimia yang dikira pada kadar 1000 kalori per gram atau jumlah 4.10 x 105 joule.

Kembali ke atas