separation of power | pengasingan kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemisahan fungsi legislatif, eksekutif dan kehakiman dalam pemerintahan negara. Pemisahan ini dapat dilihat melalui pembahagian fungsi iaitu legislatif untuk menggubal undang-undang, eksekutif pula melaksanakan undang-undang dan kehakiman mentafsir undang-undang. Badan legislatif atau Parlimen diletakkan terpisah daripada badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini amat perlu untuk mengelakkan kuasa tertumpu kepada satu badan atau seorang yang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. Sinonim pemisahan kuasa. |
separation of powers | pengasingan kuasa | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemisahan fungsi legislatif yang menggubal undang-undang, eksekutif yang melaksana undang-undang dan kehakiman yang mentafsir undang-undang dalam pemerintahan negara. Badan legislatif atau Parlimen diletak terpisah dari badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini perlu kerana kuasa yang tertumpu kepada satu badan atau seorang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Oleh itu ia perlu dipisahkan kepada badan yang berbeza. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. |
legislative | legislatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan yang terdiri daripada wakil rakyat dan anggota terpilih yang bersidang di dewan perundangan (parlimen) dan bertanggungjawab dalam menggubal dan meminda undang-undang, perlembagaan atau dasar negara. Badan ini dipimpin oleh ketua negara dan merupakan salah satu badan pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman. Badan ini bertanggungjawab menggubal semua dasar negara yang melibatkan pembangunan ekonomi, keselamatan negara dan perpaduan nasional. Ia bersidang mengikut jadual dan anggotanya boleh bertukar secara lantikan atau selepas pilihan raya. Contohnya, Parlimen Malaysia merupakan satu badan legislatif. Sinonim perundangan. |
legislative | perundangan/legislatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
judicial power | kuasa kehakiman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bidang kuasa yang dimiliki oleh bidang kehakiman yang setara dengan bidang kuasa badan legislatif dan eksekutif. Ia memiliki kuasa mengadili dan mentafsir undang-undang yang perlu dihormati. Kuasa kehakiman ini menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dalam persaingan kuasa antara pihak bertentangan seperti antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pihak legislatif dengan eksekutif. Kuasa kehakiman ini bebas daripada sebarang pengaruh luar. Hanya ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong (di Malaysia) dibenarkan meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan kehakiman ini dengan syarat-syarat tertentu. |
legislative | perundangan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat legislatif. |
bicameral legislature | perundangan dwidewan | Sains Politik | Tiada | Badan legislatif yang terdiri daripada dua dewan, seperti Dewan Negara dan Dewan Rakyat di Malaysia. |
pork-barrel legislation | undang-undang pork-barrel | Sains Politik | Politik Perbandingan | Usul legislatif yang diluluskan bagi memperuntukkan perbelanjaan kerajaan untuk melaksanakan projek-projek dalam kawasan pilihan raya tertentu. Melalui undang-undang ini, anggota dewan berusaha membawa projek ke kawasannya seperti projek pangkalan tentera, kemudahan pengangkutan, pusat pentadbiran daerah, hospital besar atau universiti untuk memastikan kawasannya menjadi lebih maju. Secara tidak langsung projek ini memberi prospek untuk wakil rakyat kawasan tersebut terpilih dalam pilihan raya akan datang. Usul ini biasanya turut disokong oleh anggota lain dalam dewan perundangan. Undang-undang pork-barrel juga sering dirujuk dalam konteks politik Amerika Syarikat. |
bicameral government | kerajaan dwidewan | Sains Politik | Tiada | Sebuah kerajaan yang terdiri daripada dua dewan legislatif, seperti Dewan Negara dan Dewan Rakyat di Malaysia. |
bicameralism | faham dwidewan | Sains Politik | Tiada | Fahaman atau amalan mempunyai dua dewan bagi cabang legislatif atau perundangan dalam sesebuah pemerintahan. |