Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lehernya

Puisi
 

Pasir putih pasirnya panjang,
     Boleh tidak tumpang berhenti;
Adik putih lehernya jenjang,
     Boleh tidak kutumpang mati.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kemencekemenceMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang digesek. Badannya kecil berbentuk bulat dan lehernya yang panjang tanpa fret dipasang pada badan alat muzik tersebut. Sebatang paku kayu yang panjang dimasukkan pada badan kemence untuk memasang kaki dan lehernya. Oleh sebab itu, alat muzik ini dipanggil spiked fiddle. Kemence yang mempunyai dua hingga empat utas tali dimainkan dengan meletakkannya pada bahagian hadapan kaki pemain. Alat muzik yang berasal dari Parsi ini dimain­kan dalam muzik klasik di Timur Tengah. Kemence dikenali juga sebagai kemenche/kemenje, kemanchay. Lihat juga rebab.

shank (bur)syankPerubatanTiadaBahagian bur selepas bahagian lehernya.
gypsy blouseblaus gipsiKesenianTiadaBlaus longgar yang bahagian lehernya bertali cerut dan biasanya berlengan gelembung pendek. Asalnya dipakai oleh wanita gipsi dan popular pada tahun 1960-an.
peasant blouseblaus desaKesenianTiadaBlaus longgar yang bahagian lehernya bertali cerut dan biasanya berlengan gelembung pendek. Asalnya dipakai oleh wanita gipsi dan popular pada tahun 1960-an.
distillation flaskkelalang penyulinganKimiaTiadaRadas makmal berdasar bulat yang mempunyai unjuran tiub di sisi lehernya, dan digunakan di dalam proses penyulingan.
distillation flaskkelalang penyulinganKimiaTiadaRadas makmal berdasar bulat yang mempunyai ujuran tiub di sisi lehernya. Radas kaca ini digunakan dalam proses penyulingan di dalam makmal. Lihat juga penyuling.
sitarsitarMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badan dan lehernya yang panjang diperbuat daripada kayu. Lehernya berfret dan mempunyai tujuh utas tali logam yang dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut. Tali dipetik dengan plektrum untuk menghasilkan melodi dan dron. Beberapa utas tali yang dikenali sebagai tali bergema simpatetik dipasang pada badan dan akan bergetar apabila tali tersebut dipetik. Sitar

yueh qinyueh qinMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordo­fon jenis lut. Badannya berbentuk bulat dan diperbuat daripada kayu. Lehernya pendek dan berfret. Empat utas tali logam yang dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut dipetik dengan plektrum. Yueh qin yang terdapat di China menghasilkan melodi dalam orkestra Cina moden yang dikenali sebagai huayue tuan. Alat muzik ini juga dikenali sebagai lut bulan kerana bentuk badannya seperti bulan purnama.

pipapipaMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang dipetik. Badan pipa berbentuk bujur dan berleher pendek. Lehernya berfret tinggi, dan mempunyai empat utas tali yang ditiunkan dalam skel pentatonik Cina. Alat muzik ini diletakkan secara menegak di atas riba dan talinya dipetik dengan jari. Pipa yang terdapat di China ini dimainkan dalam orkestra Cina moden yang dikenali sebagai huayue tuan atau sebagai alat solo dalam tradisi muzik klasik Cina.

sundatangsundatangMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya kecil, berleher panjang dan berfret. Dua utas tali dipasang pada badan dan lehernya. Sundatang diletakkan mendatar dan tali dipetik dengan jari. Alat muzik ini memainkan melodi untuk mengiringi tarian atau dimainkan sebagai alat muzik solo untuk mengisi masa lapang. Sun­datang dimainkan oleh kaum Dusun di Sabah.

12

Kembali ke atas