Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.jang] | لجڠ

Definisi : 1. sepak, tendang, lompat; se~ kuda berlari a) sejauh kuda melompat; b) pujian bagi rumah yg cantik; 2. gerakan yg cepat (berlari, terbang, dll); se~ terbang secepat terbang, cepat sekali; 3. (Kej) gerakan omboh (pd enjin) ke atas ke bawah atau ke kiri ke kanan; ~ ekzos lejang keempat atau terakhir (pd enjin empat lejang); melejang 1. menendang, menerajang, melom­pat sambil berlari (spt kuda); 2. bergerak dgn pantas ke atas ke bawah (spt omboh enjin dll); siapa ~ siapa patah prb siapa yg bersungguh-sungguh hendak akan sesuatu, dialah yg akan menanggung kesusahannya (kesulitan, kerugian, dll); melejangkan, melejang-lejangkan meng­hulurkan (kaki), menyepakkan, menendang­kan; pelejang sesuatu yg melejang (spt pesawat pd perangkap, jebak, dll): ia memasang getah ~ di pintu jebak; kuda ~ bukit prb orang yg jadi perkakas (pesuruh dll) orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.jang] | لجڠ

Definisi : 1 gerakan yg cepat (spt ketika terbang atau berlari): se~ terbang cepat sekali. 2 gerakan omboh enjin ke atas ke bawah atau ke kiri ke kanan dgn pantas. melejang 1 melompat sambil berlari (bkn kuda dll): Kuda liar itu ~ dan penunggangnya pun jatuh. 2 bergerak dgn pantas (bkn omboh enjin dll). melejangkan menyepakkan atau menghulurkan (kaki). pelejang sesuatu yg melejang (spt yg terdapat pd perangkap dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lejang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sepak: tendang, terajang, lompat,

2. Dalam konteks omboh
bersinonim dengan sentap, sentak,

Kata Terbitan : melejang, pelejang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
indicated mean pressuretekanan berkesan purata tertunjukKejuruteraan AutomotifEnjinPurata tekanan yang dijana dalam setiap silinder enjin dalam semua lejang, iaitu lejang pengambilan, lejang mampatan, lejang pembakaran dan lejang ekzos. Tekanan ini boleh diukur le- dengan mengira luas graf tekanan-sesaran enjin. Data tekanan boleh dicerap melalui penderia tekanan yang dipasang pada salah sebuah silinder enjin yang telah dikenal pasti dan dipaparkan melalui peralatan visual seperti osiloskop. Sesaran enjin dalam unit isi padu diperoleh dengan mengukur sudut engkol. Singkatan IMEP.
four stroke cyclekitar empat lejangKejuruteraan AutomotifEnjinKitar dalam operasi empat gerakan omboh atau lejang pada setiap dua putaran aci engkol. Empat lejang tersebut ialah lejang pengambilan atau lejang aruhan semasa omboh bergerak ke bawah, lejang mampatan ketika omboh bergerak ke atas. lejang pembakaran atau lejang kuasa atau lejang pengembang- an semasa omboh ditolak ke bawah dan lejang ekzos semasa omboh bergerak ke atas. Setiap lejang bersamaan dengan 180° putaran aci engkol. Banding kitar dua lejang.
valve timingpemasaan injapKejuruteraan AutomotifEnjinProses melaraskan kedudukan aci sesondol merujuk kepada ke- dudukan aci engkol. Proses ini dijalankan supaya injap terbuka dan tertutup pada masa yang ditentukan dengan tepat semasa pengendalian keempat-empat lejang iaitu lejang pengambilan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang ekzos.
two-stroke cyclekitar dua lejangKejuruteraanKejuruteraan MekanikKitar enjin pembakaran dalam yang memerlukan dua lejang omboh untuk melengkapkan satu kitar penuh bagi satu putaran aci. Lejang yang pertama melibatkan proses penghasilan kuasa daripada pembakaran bahan api dan kemasukan cas daripada bekas engkol serta penyingkiran gas ekzos. Sementara itu, lejang yang kedua menyebabkan pemampatan cas dan pembakaran bahan api untuk lejang seterusnya. Kitar dua lejang ini berbeza daripada kitar empat lejang kerana setiap satu putaran aci memberikan kuasa.
positive-return camsesondol balikan positifMekanikGunaanSesondol yang mengembalikan pengikut secara positif dan bukan bergantung pada graviti atau pegas. Sesondol itu mengawal pengikutnya pada kedua-dua lejang mara dan lejang balik. Sesaran bagi lejang balik adalah sama dengan sesaran lejang mara tetapi arahnya berlawanan. Sesondol ini juga dinamai sesondol lebar malar.
Otto cyclekitar OttoKejuruteraan AutomotifEnjinPrinsip kerja yang digunakan dalam operasi enjin gasolin empat lejang. Kitar ini bermula dengan campuran udara-bahan api disedut semasa lejang pengambilan dan dimampatkan oleh pergerakan omboh dalam lejang mampatan. Sebelum lejang mampatan berakhir, campuran udara-bahan api yang bertekanan tinggi dinyalakan oleh unsur pencucuhan seperti palam pen- cucuh. Tindakan ini menyebabkan proses pembakaran berlaku dan menghasilkan kuasa semasa lejang kuasa. Kitar ini menjadi lengkap dengan hasil pembakaran ini ditolak keluar semasa lejang ekzos. Banding kitar diesel.
quick-return mechanismmekanisme balik cepatMekanikGunaanMekanisme yang mempunyai nisbah masa (iaitu nisbah masa lejang mara terhadap masa lejang balik) yang lebih daripada 1. Mekanisme ini biasanya digunakan apabila lejang balik tidak melakukan sebarang kerja tetapi semata-mata membawa mekanisme balik kepada kedudukan asalnya untuk mengulangi lejang mara yang melakukan kerja. Mekanisme gelangsar-engkol ofset dan mekanisme Whitworth merupakan contoh bagi mekanisme balik cepat. Lihat juga mekanisme.
diesel cyclekitar dieselKejuruteraan AutomotifEnjinPrinsip kerja yang digunakan dalam operasi enjin diesel empat lejang. Kitar ini bermula dengan udara disedut semasa lejang pengambilan dan dimampatkan oleh pergerakan omboh semasa lejang mampatan ke takat terakhir atas. Semasa proses mampatan, udara mengalami kenaikan suhu dan tekanan. Sebelum lejang mampatan berakhir, bahan api disuntik ke dalam kebuk pembakaran. Proses mampatan seterusnya akan menaikkan lagi suhu campuran udara-bahan api sehingga melepasi titik kilat bahan api tersebut. Akibatnya, campuran ini tercucuh dengan sendiri dan proses pembakaran berlaku sepenuhnya semasa lejang kuasa. Kitar ini menjadi lengkap dengan hasil p ditolak keluar semasa lejang ekzos. Banding kitar Otto.
exhaust strokelejang ekzosKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLejang omboh dari pusat mati bawah (BDC) ke pusat mati atas (TDC) selepas lejang kuasa.
exhaust strokelejang ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinGerakan omboh dari kedudukan takat terakhir bawah sehingga ke kedudukan takat terakhir atas. Semasa lejang ekzos ini beroperasi, injap ekzos terbuka dan injap pengambilan tertutup. Keadaan ini menjana tekanan yang tinggi dalam silinder enjin dan menyebabkan hasil pembakaran ditolak keluar dari silinder. Proses ini berlaku selepas lejang kuasa dan sebelum lejang pengambilan.
12345678910...

Kembali ke atas