Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mang] | لمڠ

Definisi : sj makanan (drpd pulut dan santan) yg dibakar dlm buluh; bersandar di ~ hangat prb berlindung kpd orang yg zalim akan binasalah akhirnya; memakan hendak ~ , membeli hendak pelo prb inginkan barang yg elok tetapi enggan membayar harga yg sepatutnya; menyandang ~ hangat orang prb menanggung akibat perbuatan orang lain; melemang membakar lemang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mang] | لمڠ

Definisi : makanan yg dibuat drpd beras pulut dan santan dan dibakar di dlm buluh. melemang membakar atau membuat lemang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemang

Peribahasa

Bersandar di lemang hangat.

Bermaksud :

Berlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
culm wall thicknessketebalan dinding kulmaBuluhTiadaKetebalan dinding yang diukur dari epidermis ke gegelang empulur. Ketebalan ini berbeza-beza mengikut spesies buluh. Contoh buluh yang mempunyai dinding yang tebal ialah buluh betong (Dendrocalamus asper) manakala dinding yang nipis ialah buluh lemang (Schizostachyum brachycladum). Ketebalan dinding menentukan kegunaan akhir sesuatu spesies.
fibre wall thicknessketebalan dinding serabutBuluhTiadaKetebalan dinding yang diukur daripada hasil tolak diameter serabut dengan lumen dan dibahagi dua, dalam unit mikrometer (�m). Ketebalan ini berbeza-beza mengikut spesies buluh. Contoh buluh yang mempunyai dinding serabut yang tebal ialah buluh betong (Dendrocalamus asper) manakala dinding serabut yang nipis ialah buluh lemang (Schizostachyum brachycladum). Ketebalan dinding serabut menentukan kegunaan akhir sesuatu spesies.

Kembali ke atas