Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.si.tin] | ليسيتين

Definisi : (lésitin) (Kim) sj bahan bak lemak yg banyak terdapat dlm kuning telur, kacang soya, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.si.tin] | ليسيتين

Definisi : /lésitin/ ist sj bahan spt lemak, yg terdapat dlm kuning telur, kacang soya, dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lesitin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lecithinlesitinMakanan dan PemakananTeknologi MakananFosfolipid yang mengandungi gliserol, asid lemak, asid fosforik dan kolina. Lesitin wujud secara semula jadi dalam kuning telur dan bijian. Secara komersial, lesitin diperoleh daripada kacang soya, jagung dan kacang tanah. Lesitin juga merupakan bahan aditif makanan yang berfungsi sebagai pengemulsi, penstabil, agen pembebas dan pensinergi bagi pengoksidaan. Aditif ini digunakan dengan meluas untuk membaiki hayat simpan, tekstur dan perisa makanan bakar, konfeksionari, manis-manisan dan aiskrim.
lecithinlesitinKimiaTiadaLipid kompleks semula jasi, lazimnya mengandungi gliserida yang satu daripada kumpulan aslinya digantikan dengan kumpulan fosforilkolina. Lesitin serupa dengan lemak dari segi kimia, tetapi mengandungi nitrogen dan fosforus. Lipid kompleks ini banyak terdapat dalam kuning telur, tisu saraf, sumsum tulang, kacang soya dan jagung. Lesitin digunakan sebagai agen pengemulsi, agen pengadun, agen penyerakan dan pengantioksida.
lecithinlesitinBioteknologiTiadaSejenis fosfolipid yang terdapat dalam kuning telur dan membran sel, mamalia. Lesitin dapat dipecahkan oleh enzim lesitinase kepada fosfokolina dan digliserida tak larut. Digliserida ini akan mendak dan membentuk kawasan jernih di keliling koloni mikroorganisma penghasil lesitinase di atas agar-agar kuning telur yang mengandungi asid fosfatidik, gliserol, dan kolina. Lesitin dikenali juga sebagai fosfotidilkolina.
lecithinlesitinHerbaPemiawaianSebatian dalam kumpulan fosfolipid yang banyak terdapat dalam tumbuhan. Contohnya, lesitin terdapat dalam daun serai kayu (Syzygium polyanthum).
lecithinlesitinVeterinarTiadaTiada
lecithinlesitinGeologiTiadaTiada
lecithinlesitinPerubatanTiadaTiada
lecithinlesitinKimiaTiadaTiada
lecithinlesitinPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
lecithinlesitinPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas