eosinophil leucocytes | leukosit eosinofili | Bioteknologi | Tiada | Leukosit yang mempunyai sitoplasma dan dapat diwarnai dengan pewarna asid merah, eosin. Leukosit jenis ini terdiri daripada 2% - 3% sel darah putih, tetapi bilangan ini berkurangan apabila perumah dijangkiti oleh parasit, alahan atau penyakit kulit. Leukosit eosinofili dikenali juga sebagai leukosit asidofili. |
polymorphonuclear leucocyte | leukosit polimorfo-nukleus | Biologi | Histologi dan Sitologi | Leukosit ameboid yang banyak mempunyai nukleus yang pelbagai bentuk dan dihubungkan dengan bebenang kromatin. leukosit polinukleus. |
leucocyte | leukosit | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Sel darah putih yang memainkan peranan penting dalam sistem ketahanan tubuh untuk melawan jangkitan kuman dan bendasing. Leukosit diterbitkan dan dihasilkan daripada sejenis sel multipoten, iaitu sel stem hematopoietik yang terdapat dalam sumsum tulang. Leukosit terdiri daripada sel bergranul, iaitu neutrofil, eosinofil dan basofil, dan sel tidak bergranul, iaitu limfosit dan monosit. |
granulocyte | granulosit | Perubatan | Tiada | Sel darah putih yang mengandungi granul di dalam sitoplasmanya. Sel ini terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu neutrofil, eosinofil dan basofil yang masing-masing menyumbangkan 70%, 1.5%, dan 0.5% daripada jumlah leukosit. Sin: leukosit polimorfonukelus |
transitional leucocyte | leukosit peralihan | Kejuruteraan | Tiada | Leukosit besar yang mempunyai nukleus berbentuk oval seperti ginjal dan sitoplasma berwarna biru kekelabuan. |
hyaline leucocyte | leukosit hialin | Kejuruteraan | Tiada | Leukosit besar yang mempunyai nukleus berbentuk oval seperti ginjal dan sitoplasma berwarna biru kekelabuan. |
polynuclear leucocyte | leukosit polinukleus | Biologi | Histologi dan Sitologi | lih. leukosit polimorfonukleus. |
agranulocytopenia | agranulositopenia | Perubatan | Tiada | Penyakit yang cirinya ialah kekurangan leukosit yang ketara atau tiada langsung leukosit |
agranulocyte | agranulosit | Biologi | Histologi dan Sitologi | Leukosit yang tidak menunjukkan sebarang granul di dalam sitoplasma apabila diwarnai. Biasanya leukosit ini berasal daripada limfa. |
leucocyte | leukosit | Fizik | Nanoteknologi | Sel darah tanpa pigmen yang mempunyai satu nukleus dan sitoplasma berbentuk sfera dengan diameter 8 mikrometer - 15 mikrometer. Sel ini merupakan sistem ketahanan tubuh daripada serangan penyakit. Darah normal mengandungi 5000 - 10000 leukosit per mm3. Sinonim sel darah putih. |