Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.be.ra.lis.me] | ليبراليسمى

Definisi : fahaman yg liberal, fahaman atau pendirian yg mahukan demokrasi serta kebebasan dlm kegiatan ekonomi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liberalisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
liberalismliberalismeSains PolitikPolitik PerbandinganPemikiran yang menekankan kebebasan individu, persaingan yang terbuka dan pasaran bebas dengan campur tangan yang minimum daripada pihak pemerintah. Idea ini telah menjadi asas kepada sistem ekonomi kapitalisme. Dalam proses persaingan politik, asas kebebasan ini berkembang dalam falsafah politik yang berpegang kepada nilai rasional dan keterbukaan. Pemikiran ini tidak menghalang sebarang cabaran, penentangan secara sihat dan kritikan orang ramai terhadap pemerintah. Dalam amalan harian, liberalisme ditonjolkan melalui pergerakan NGO, gerakan aktivis sosial, kehadiran pembangkang dan kebebasan media. Dengan itu, liberalisme cenderung melahirkan kerajaan yang bertukar ganti.
liberalismliberalismeGeografiTiadaTiada
liberalismliberalismeSosiologiTiadaTiada
liberalismliberalismeSejarahTiadaTiada
liberalismliberalismePendidikanTiadaFalsafah yang menekankan kebebasan berfikir dan bercakap.
liberalismliberalismeSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
political liberalismliberalisme politikSains PolitikTiadaTiada
political liberalismliberalisme politikSejarahTiadaSifat yang sederhana dalam mengamalkan dasar-dasar politik dalam menentukan hak untuk merancangkan dan mengawal pemerintahan dalam sesebuah negara.
international subsystemsubsistem antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSebahagian daripada sistem antarabangsa. Dalam konteks serantau, subsistem antarabangsa terdiri daripada sistem yang terdapat di rantau geografi seperti Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Eropah Barat. Subsistem merangkumi semua interaksi seperti ekonomi, politik, sosial dan keselamatan dalam sesuatu rantau tersebut. Daripada segi ideologi, subsistem berasaskan kepada pegangan ideologi tertentu seperti komunisme, demokrasi, liberalisme dan sosialisme.
Fascismfahaman FasisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul sebagai reaksi penentangan terhadap sayap kiri selepas Perang Dunia Pertama. Dalam pengertian khusus, fahaman ini merujuk kepada sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang berbentuk diktator dan nasionalis. Fahaman ini diperkenalkan oleh Mussolini di Itali (1922 � 1943). Secara umumnya, fahaman ini juga merujuk kepada fahaman yang mirip dengan aliran yang diperkenalkan oleh Mussolini yang dianuti di negara lain di seluruh dunia, khususnya sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Contoh negara yang pernah menganut fahaman ini ialah Jerman, Austria, Jepun, Romania, Brazil (pimpinan Vargas), Sepanyol (pimpinan Franco), Portugal (pimpinan Salazar) dan Argentina (pimpinan Peron). Para sarjana dan ahli teori berpendapat bahawa fahaman ini merupakan ideologi faham pelampau kanan yang merangkumi ras, agama, ekonomi, kebajikan sosial dan kepimpinan. Asas fahaman ini secara langsung dan secara khusus menentang komunisme, sosialisme dan liberalisme. Dalam konteks hubungan antarabangsa, fahaman ini

Kembali ke atas