histamine | histamina | Veterinar | Praklinikal | Sejenis amina hasil pendekarboksilan histidina (C5H9N3) yang terdapat dalam tisu badan terutama sekali dalam sel masta dan basofil. Fungsi histamina ialah (i) pendilatan kapilari dengan meningkatkan ketelapannya dan menurunkan tekanan darah (ii) pengecutan tisu otot licin termasuk otot licin bronkiol paru-paru (iii) pengaruhan peningkatan rembesan jus gaster dan (iv) pemacuan kadar degupan jantung. Histamina juga terlibat sebagai pengantara dalam kehiperpekaan; contohnya tindak balas alergi. Tindakan histamina ini adalah melalui reseptor sel H1 dan H2. Nama kimia: 1H-imidazola-4-etanamina. |
verruca plana juvenilis | veruka plana juvenilis | Perubatan | Tiada | Sejenis kutil kecil yang licin dan datar, biasanya berwarna coklat muda, dan kadangkala berlaku dalam jumlah yang banyak sekali pada bahagian muka, leher, belakang tapak tangan, pergelangan tangan dan lutut. Kutil ini paling sering dijumpai pada kanak-kanak, tetapi juga terdapat pada orang dewasa. Sin: kutil leper |