Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.di] | ليدي

Definisi : 1. tulang daun kelapa (kabung dll) yg boleh dibuat penyapu: penyapu ~; 2. jejari (pd roda basikal dll); ular ~ sj ular kecil yg berbisa; sesimpai bagai ~ prb orang yg seia sekata; melidi (menjadi) spt lidi: badannya kurus ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.di] | ليدي

Definisi : sj ikan laut, kering, Centriscus scutatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.di] | ليدي

Definisi : 1 tulang daun kelapa dll (yg kecil) yg dpt dibuat penyapu atau lekar: penyapu ~. 2 jejari pd roda. melidi halus spt lidi: Badan anaknya kurus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lidi

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Gajah ditelan ular lidi.

Bermaksud :

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lidi songketlidi songketKesenianTiadaLidi langkap atau lidi buluh yang disisipkan pada benang lungsin untuk menentukan kedudukan corak ketika menyongket.
lidi pesalidi pesaKesenianTiadaBahagian kepala kek yang berupa lidi yang disisip pada punca kain dan kemudian disangkutkan pada kuku pesa.
Keris Ular LidiKeris Ular LidiKerisTiadaKeris yang mempunyai mata yang kecil, tidak lebar, dan berkeluk serta berbentuk seperti seekor ular lidi.
bilah sisipbilah sisipKesenianTiadaLidi langkap atau lidi buluh yang disisipkan pada benang lungsin untuk menentukan kedudukan corak ketika menyongket.
swab sticklidi pengesatMakanan dan PemakananTeknologi MakananAlat yang digunakan untuk mengesat sesuatu permukaan bagi memperoleh spesimen atau sampel yang sering digunakan dalam ujian mikrobiologi. Alat ini diperbuat daripada lidi yang disalut dengan bahan lembut seperti kapas atau kain di hujungnya.
bamboo rodslidi buluhSosiologiTiadaTiada
fine nibunglidi nibungSosiologiTiadaTiada
orange sticklidi orenPerubatanTiadaTiada
bamboo sticklidi buluhBuluhTiadaBilahan buluh yang panjang dan nipis, dengan atau tanpa hujung yang tajam.
macaroni stringrentetan lidiKejuruteraanTiadaRentetan tetiub atau paip yang kecil, biasanya berdiameter kurang daripada 10 inci.
123

Kembali ke atas