Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kd kejar, halau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ligan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ligandliganFarmasiFarmakologiMolekul atau ion yang terikat pada atom atau ion pusat kompleks seperti sebatian koordinat dan kelat. Contohnya, molekul ammonia merupakan ligan dalam kompleks [Co(NH3)J3+. Ligan seperti ammonia dan EDTA juga disebut sebagai agen pengkompleksan. Ligan mempunyai pasangan bebas elektron yang digunakan untuk membentuk ikatan koordinat dengan atom atau ion pusat.
ligandliganPerubatanTiadaMolekul atau ion yang terikat pada atom atau ion pusat kompleks seperti sebatian koordinat dan kelat. Contohnya molekul ammonia merupakan ligan dalam kompleks [Co-(NH3)6]³?. Ligan seperti ammonia dan EDTA juga disebut sebagai agen pengkompleksan. Ligan mempunyai pasangan bebas elektron yang digunakan untuk membentuk ikatan koordinat dengan atom atau ion pusat.
ligandliganKimiaTiadaMolekul atau ion yang terikat pada atom atau ion pusat kompleks seperti sebatian koordinat dan lekat. Misalnya, molekul ammonia merupakan ligan dalam kompleks [Co-(NH3)6]3+. Ligan seperti ammonia dan EDTA juga disebut sebagai agen pengkomplekasan. Ligan mempunyai pasangan bebas elektron yang digunakan untuk membentuk ikatan koordinat dengan logam atau ion pusat.
ligandliganKimiaKimia AnalisisMolekul atau ion yang mempunyai atom penderma. Tindak balas ligan dengan logam menghasilkan sebatian koordinat atau ion kompleks. Ia juga dikenali sebagai agen pengkoordinat. Contoh ligan ialah air dalam ion kompleks [Cu(H2O)6]2+ dan ion sianida dalam ion kompleks [Ni(CN)4]2-.
affinity chromatographykromatografi afinitiHerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang berasaskan interaksi biokimia antara ligan yang terikat pada fasa pegun dengan zat terlarut dalam fasa gerak. Interaksi biokimia ini termasuklah antigen-antibodi, enzim-substrat dan drug-reseptor. Fungsi ligan dalam kaedah ini serupa dengan kumpulan berfungsi yang digunakan dalam kromatografi penukaran ion. Kaedah ini digunakan untuk memisahkan bahan yang mempunyai kecenderungan yang lebih kuat pada ligan berkenaan berbanding zat terlarut yang lain dalam satu larutan. Zat terlarut yang terperangkap pada ligan dilalukan dengan fasa gerak yang mengandungi ligan yang sama. Zat terlarut tulen kemudian dihasilkan melalui penguraian kompleks zat terlarut-ligan dengan cara menukar pH atau kekutuban fasa gerak. Contoh penggunaan kaedah ini ialah penulenan bahan lektin daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan ligan gula.
coordination compoundsebatian koordinatanKimiaTiadaSebatian yang terbentuk daripada gabungan ion logam (lazimnya logam peralihan) dengan ion bukan logam atau molekul yang disebut ligan atau agen pengkompleks. Ligan yang terlibat boleh bercas seperti C1‒ atau neutral seperti air dan ammonia. Ion logam tersebut lazimnya ialah kobalt, platinum, ferum, kuprum atau nikel. Cas pada sebatian koordinatan adalah sama dengan jumlah cas pada ion logam dan ligan. Sin. sebatian kompleks.
equatorial ligandligan khatulistiwaKimiaTiadaLigan yang memanjang keluar dari satah kompleks oktahedron.
polydentate ligandligan polidentatKimiaKimia AnalisisLigan yang mempunyai dua atau lebih atom penderma yang boleh berkoordinat dengan ion logam.
ligand exchange chromatographykromatografi pertukaran liganKimiaKimia AnalisisTeknik pemisahan kromatografi yang berdasarkan saling tindakan ligan dengan ion pusat yang terdapat pada penukaran ion. Contohnya asid amino dapat dipisahkan jika resin penukar kation ditukarkan kepada bentuk zink atau kadmium dan pengelusi ammonia.
chelatekelatKimiaTiadaSebatian kompleks yang mengandungi ligan bidentat seperti etilenadiamina atau ligan polidentat seperti etilenadiaminatetraasetat (EDTA).
123456789

Kembali ke atas