Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
action potentialpotensi aksiSains SukanBiomekanikPotensi yang diperlukan oleh neuron (sel saraf) bagi memboleh- kan proses sinaptik berlaku. Potensi ini merujuk kepada keupayaan elektrik yang terbentuk pada membran sel secara cepat dan tersebar mengikut membran sel tisu yang terlibat. Ia terhasil daripada proses elektrokimia akibat perubahan ketelapan membran sel neuron terhadap ion tertentu. Perubahan ketelapan ini menyebabkan berkurangnya pengutuban membran sehingga mencapai tahap nilai ambang yang kemudiannya mencetuskan keupayaan tindakan (potensi aksi). Reaksi ini merupakan asas pergerakan impuls elektrik pada tisu berkenaan. Lihat juga proses sinaptik.
membranophonemembranofonMuzikTiada

 Alat muzik yang menghasilkan bunyi apabila kulit diregangkan. Baluh atau badan alat muzik membranofon terdiri daripada bentuk tertentu. Baluh tersebut dipasang dengan satu atau dua muka kulit. Alat muzik membranofon diklasifikasikan berasaskan bentuk baluh dan cara muka kulit dipasang. Contohnya, kulit dipasang pada baluh dengan tali rotan atau paku. Terdapat dua kelas kecil dalam klasifikasi ini, iaitu jenis dram dan mirliton. Lihat juga mirliton.

muscarinic antagonistantagonis muskarinikFarmasiFarmakologiAgen yang boleh mengurangkan aktiviti reseptor muskarinik dengan menghalang pengikatan asetilkolina dan seterusnya menghalang pengaktifan reseptor tersebut. Contoh agen ini ialah atropina, skopolamina, propantelina dan pirenzepina. Kesan daripada pengikatan agen ini pada reseptor muskarinik akan menyebab.kan pengurangan atau penyekatan aktivitiaktiviti muskarinik seperti pendilatan pupil (pengembangan anak mata). Lihat juga reseptor muskarinik.
hatsiatsidhatsiatsiaMuzikTiada

 Selingan dalam ensembel axatsewu dan akpewu dari Ghana yang dinyanyikan oleh penyanyi solo dan korus. Sementara penarinya pula diiringi loceng atau rattle. Dram tidak digunakan dalam selingan tersebut. Lihat juga axatsewu.

kuridingkuridingMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. Kuriding merupakan hap rahang yang dimain­kan oleh suku kaum Bajau di Kota Belud, Sabah. Lihat juga bungkau, hap rahang.

canangcanangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Canang terdiri daripada dua jenis. iaitu (i) satu set dua biji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Canang ini dipukul dengan pemukul yang berbalut dan berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik. Alat ini dimain­kan dalam ensembel wayang kulit di Semenanjung Malaysia. (ii) satu set dua biji gong gantung berbusut, bersaiz kecil dan registernya sederhana. Alat muzik ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan secara bertingkah-tingkah dengan alat muzik lain dalam ensembel. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak dan di Sabah. Lihat juga sanang.

kemencekemenceMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang digesek. Badannya kecil berbentuk bulat dan lehernya yang panjang tanpa fret dipasang pada badan alat muzik tersebut. Sebatang paku kayu yang panjang dimasukkan pada badan kemence untuk memasang kaki dan lehernya. Oleh sebab itu, alat muzik ini dipanggil spiked fiddle. Kemence yang mempunyai dua hingga empat utas tali dimainkan dengan meletakkannya pada bahagian hadapan kaki pemain. Alat muzik yang berasal dari Parsi ini dimain­kan dalam muzik klasik di Timur Tengah. Kemence dikenali juga sebagai kemenche/kemenje, kemanchay. Lihat juga rebab.

nang kalunnang kalunMuzikTiada

 Wayang kulit Kemboja yang berasaskan cerita epik Reamker atau Ramayana dan Jataka tentang kehidupan dan falsafah Buddha. Wayang ini menggunakan patung kecil yang dimain­kan oleh seorang dalang. Teknik bermain wayang ini sama dengan teknik bermain nang talung di Thailand. Teater ini juga dinamai ayang yang berasal daripada perkataan wayang. Sinonim nang sbek touch, ayang. Lihat juga nang tailing,


Kembali ke atas