tahi lilin | tahi lilin | Kesenian | Seni Batik | Sisa lilin yang tertinggal setelah kain direbus atau dicelur. Lilin ini boleh digunakan semula untuk membuat campuran lilin. |
wax | lilin | Kimia | Tiada | Sebatian organik yang mempunyai berat molekul yang tinggi, berbentuk pepejal pada suhu bilik dan berkomposisi serupa dengan lemak dan minyak, kecuali lilin tidak memngandungi gliserida. Lilin tergolong dalam kelas lipid, kalis air, licin, terbakarkan, larut di dalam pelarut organik tetapi tidak larit di dalam air. Lilin terdiri daripada lilin asli yang diperoleh daripada haiwan (lilin lebah), sayur-sayuran, atau mineral (lilin bumi dan lilin petroleum) dan lilin buatan yang diperoleh daripada plimer etilenik dan naftalena berklorin. Lilin digunakan untuk membuat krayon, dian, pengilat, bahan kosmetik, kertas karbon, sebatian kalis air, dan sebatian pencuci. |
batik blok-lilin | batik blok-lilin | Kesenian | Seni Batik | Batik, terutama batik sarung yang dihasilkan dengan menggunakan blok-lilin. batik pukul lilin. |
campuran lilin | campuran lilin | Kesenian | Seni Batik | Bahan membatik yang terdiri daripada lilin putih (parafin), damar (resin), lilin lebah, minyak kelapa dan lemak binatang yang akan dicantingkan atau dipukulkan pada kain dan bertindak sebagai tahan warna, gondorukem, soka. |
tapis lilin | tapis lilin | Kesenian | Seni Batik | Alat untuk menyaring lilin panas yang banyak kotoran. |
wax | lilin | Biologi | Histologi dan Sitologi | Ester monohidroalkohol yang lebih tinggi daripada gliserol dan tidak larut di dalam air serta sukar dihidroksidakan, yang menjadi pelindung daun, batang, buah, bulu haiwan dan integumen serangga. Ini termasuk lanolin, lilin lebah dan lilin karnauba. Lilin juga merupakan ester melisil asid palmatik. Rumusnya adalah seperti yang berikut: C30H61O.CO-C15H31 |
blok-lilin | blok-lilin | Kesenian | Seni Batik | Proses membatik dengan menggunakan sarang. Dengan proses ini pukul lilin dan celup warna dibuat sebanyak dua kali. Setelah dipukul buat kali pertama, kain dicelup untuk mendapatkan warna asas, dibilas dan dijemur, kemudian dipukul semula untuk menutup warna pertama sebelum dicelup warna dan dibilas sekali lagi dan seterusnya direbus. |
batik pukul lilin | batik pukul lilin | Kesenian | Seni Batik | lih. batik blok-lilin. |
batik stensil-lilin | batik stensil-lilin | Kesenian | Seni Batik | Kain batik yang warna corak di sebelah luarnya sama jelas dengan di sebelah dalamnya, dan dihasilkan dengan menggunakan stensil-lilin. |
lost-wax casting | penuangan lilin hilang | Kejuruteraan | Tiada | Penuangan lilin apabila corak lilin di antara acuan dua lapis dibuang dengan mencairkan corak itu dan digantikan dengan logam lebur. |