Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lim.fo.sit] | ليمفوسيت

Definisi : (Bio) sel darah putih kecil yg mem­punyai satu nukleus dan menghasilkan antibodi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata limfosit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lymphocyteslimfositBioteknologiTiadaSel yang terdapat dalam darah, tisu, atau limfa. Sel ini penting dalam keimunan humoral, berbentuk sfera dengan garis pusat antara 8-15 m, motil, bernukleus bulat tanpa lobus, yang membentuk sebahagian besar sel limfosit. Terdapat dua jenis limfosit, iaitu limfosit B dan limfosit T yang berbeza dari segi morfologi dan keantigenan. Limfosit dapat dipisahkan dengan menggunakan turus yang mengandungi bintil kaca yang disalut dengan antiglobulin yang dapat menyerap sel B.
B lymphocyteslimfosit BBioteknologiTiadaSel yang terdapat dalam bendalir badan. Pelopor limfosit B terbit daripada sumsum tulang dengan kewujudan antigen. Limfosit B yang kompeten akan menjadi sel plasma yang membentuk antibodi homolog terhadap antigen. Permukaan sel limfosit B mengandungi reseptor untuk mengikat antigen imunoglobulin.
T-lymphocytelimfosit TAIDSTiadaLimfosit yang proses kematangannya berlaku di dalam timus. Limfosit jenis ini bertanggungjawab dalam keimunan perantaraan sel.
T lymphocytelimfosit TPerubatanTiadaSel limfosit yang proses kematangannya berlaku di dalam timus. Limfosit jenis ini bertanggungjawab dalam keimunan perantaraan sel.
alymphocytosisalimfositosisPerubatanTiadaKeadaan darah dengan sedikit limfosit atau tiada langsung limfosit
T lymphocyteslimfosit TBioteknologiTiadaLimfosit yang matang dalam kelenjar timus. Sel ini bertanggungjawab terhadap proses keimunan sel, dan mampu bergabung dengan antigen serta memusnahkannya. Limfosit T bertindak sebagai pengawal atur gerak balas imun.
B lymphocytelimfosit BPerubatanTiadaSel limfosit yang proses pematangannya tidak berlaku di dalam timus, tetapi di dalam tisu yang setara dengan tisu bursa, seperti sumsum tulang, hati dan limpa. Limfosit ini membeza menjadi sel plasma apabila terangsang yang seterusnya mensintesis dan merembeskan antibodi ke dalam darah, dan terlibat dalam keimunan humoral.
lymphocytelimfositPerubatanTiadaSel darah putih tanpa granul yang bernukleus besar. Sel ini terbentuk di dalam tisu limfoid, iaitu nodus limfa, timus, limpa dan sumsum tulang. Sel ini memainkan peranan dalam keimunan humoral dan keimunan perantara sel. Sel ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu limfosit B dan limfosit T.
macrophagemakrofajPerubatanTiadaMonosit yang terdapat pada dinding pembuluh darah dan tisu perantara, terutamanya di kawasan yang mengalami jangkitan. Makrofaj bersaling tindak dengan limfosit-B dan limfosit-T untuk menggalakkan penghasilan antibodi.
T lymphocytelimfosit TBiologiHistologi dan SitologiLimfosit yang berkait rapat dengan sistem keimunan humor dan berasal daripada timus.
12345678910...

Kembali ke atas