Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.tas] | لينتس

Definisi : 1. lalu dgn cepat; 2. ark bahagian dr jalan kereta api (dr satu tempat ke tempat lain); ~ akal masuk akal, boleh diterima oleh akal; ~ pintas selalu pergi datang (keluar masuk dll), lalu-lalang; selintas tidak berapa lama, sebentar, sekejap: ~ lalu; melintas 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. meng­hindarkan (kesulitan dll), mengatasi; terlintas 1. telah dilintasi, telah dilangkaui, telah diselesaikan; 2. teringat dlm hati, terkenang, tergerak (di hati): ~ juga di hatinya hendak mengadu kpd ayahnya perihal ia kena marah itu; lintasan 1. gerakan melintas: kena ~ hantu; 2. sesuatu yg melintas: setiap ~ fikiran dirakamkannya dgn tidak membuat pilihan secara teliti; 3. = pelintas tempat melintas (menyeberang), jalan yg dilalui; ~ belang bahagian jalan yg berjalur-jalur putih atau kuning sbg isyarat supaya kenderaan berhenti utk membolehkan pejalan kaki melintas; ~ zebra lintasan belang; kelintasan 1. telah dilalui atau dilampaui, kelampauan; pantang ~ a) tidak mahu dilalui;b) selalu hendak menang drpd orang lain; 2.Kl dirasuk hantu dll; perlintasan 1. perihal beralihnya (masa, pemerintahan, dll); 2. hadiah utk saudara tua yg didahului (khas drpd adik perempuan yg berkahwin dahulu drpd kakaknya); pelintas orang yg melintas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.tas] | لينتس

Definisi : ; melintas 1 pergi ke seberang; menyeberang (jalan dsb): Baik-baik ~ jalan. 2 lalu dgn cepat: Ketika dia bermenung-menung itu, ~ seorang gadis di hadapannya. 3 mengikut jalan yg terdekat; merentas. 4 tampak (teringat, terkenang) sekejap: Kadang-kadang wajah arwah ibuku ~ dlm kepalaku. melintasi 1 melintas di; menyeberangi: Dgn susah payah, mereka ~ sungai itu. 2 mengharungi atau melalui; lalu di: ~ Lautan Atlantik. terlintas terbayang atau terkenang dlm hati atau dlm fikiran; teringat. lintasan 1 gerakan melintas. 2 tempat melintas atau tempat menyeberang. selintas tidak berapa lama; sebentar; sekejap: ~ lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintas
Kata Terbitan : melintas, melintasi, terlintas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
celup lintascelup lintasKesenianSeni BatikCelup warna yang terakhir secara sepintas lalu di dalam larutan warna yang lebih muda, misalnya kuning muda, setelah kain direbus bagi membolehkan bahagian yang bertutup warna itu dapat diwarnai.
traffic countkiraan lalu lintasKomunikasiKorporatKaedah yang digunakan secara sejagat untuk mengira kekerapan lalu lintas di jalan raya dalam sesuatu tempoh unit masa. Dalam komunikasi korporat, kaedah ini digunakan untuk mengesan dedahan sesuatu iklan jalanan kepada khalayak yang menggunakan sesuatu laluan dalam tempoh tertentu. Lebih kerap kawasan tersebut dilalui oleh khalayak berkenderaan atau pengguna lain, maka lebih tinggi dedahan sesuatu iklan jalanan kepada khalayak sasaran. Kaedah ini juga dilakukan untuk menentukan nilai sewaan papan iklan jalanan berkenaan. Pengiraan kekerapan dedahan lalu lintas terhadap sesuatu lokasi iklan juga berfungsi untuk menentukan jenis khalayak yang menggunakan kawasan tersebut untuk disesuaikan dengan barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Hasil pengiraan itu digunakan untuk membantu pihak perancang pengiklanan mengenal pasti dan membuat pilihan lokasi yang boleh memuaskan keperluan pelanggan. Untuk memastikan kesahan penggunaan kaedah ini, beberapa aspek sosiobudaya di sekitar kawasan lalu lintas yang ditentuka
through trafficlalu lintas terusAlam BinaTiadaLalu lintas yang merentas sesuatu kawasan untuk sampai ke destinasi lain.
local trafficlalu lintas setempatAlam BinaTiadaLalu lintas yang dijana oleh pengguna tempatan.
regional trafficlalu lintas wilayahAlam BinaTiadaSistem lalu lintas rangkaian jalan raya dan kemudahan-kemudahan pengangkutan yang wujud di sesuatu wilayah.
traffic assignmentagihan lalu lintasSosiologiTiadaKaedah mengagihkan lalu lintas pada sistem rangkaian jalan dalam proses perancangan.
commercial trafficlalu lintas perdaganganSejarahTiadaJalan perdagangan yang merupakan lalu lintas kegiatan berdagang sama ada air, udara atau darat.
traffic signalisyarat lalu lintasKejuruteraanTiadaSatu bentuk kawalan lalu lintas di persimpangan yang menggunakan lampu tiga jenis warna iaitu warna hijau untuk kenderaan diberikan laluan, warna kuning untuk sedia berhenti dan warna merah untuk berhenti.
traffic assignmentagihan lalu lintasKejuruteraan AutomotifTiadaKaedah mengagihkan lalu lintas pada sistem rangkaian jalan dalam proses perancangan.
traffic assignmentagihan lalu lintasAlam BinaTiadaKaedah mengagihkan lalu lintas pada sistem rangkaian jalan dalam proses perancangan.
12345678910...

Kembali ke atas