yun lo | yun lo | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul Yun lo merupakan set gong tanpa busut yang terdapat di China dan dimainkan dalam orkestra moden Cina huayue tuan. Set gong digantung pada rak kayu dengan menggunakan tali yang agak tebal dan dipukul dengan pemukul kayu. Alat muzik ini menghasilkan melodi dalam muzik klasik Cina. |
Lorentz number | nombor Lorentz | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nombor tak bermatra yang menghubungkan mekanisme pengaliran haba dan elektrik di dalam pepejal pengalir sebagai Lo = k/kT, dengan Lo = nombor Lorentz, T = suhu, k = pekali keberaliran haba, k = pekali keberaliran elektrik. |
yueh qin | yueh qin | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya berbentuk bulat dan diperbuat daripada kayu. Lehernya pendek dan berfret. Empat utas tali logam yang dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut dipetik dengan plektrum. Yueh qin yang terdapat di China menghasilkan melodi dalam orkestra Cina moden yang dikenali sebagai huayue tuan. Alat muzik ini juga dikenali sebagai lut bulan kerana bentuk badannya seperti bulan purnama. |
hendecasyllabic | sebelas suku | Kesusasteraan | Puisi | Baris puisi dalam sesuatu rangkap yang mempunyai sebelas, suku kata. Jumlah ini mungkin berasal daripada dua, tiga, empat atau lima perkataan diksi. Contohnya, pada baris ini: Ke/mu/mu ti/dak ke/la/di pun ti/dak Ke/lo/pak se/per/ti ran/ting ke/ta/pang |
luo | luo | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Cina yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Luo diperbuat daripada perunggu, tidak berbusut serta mempunyai permukaan yang rata. Alat muzik ini berdinding nipis dan bergaris pusat kecil atau sederhana. Luo digantung dan permukaannya dipukul dengan pemukul yang berbalut. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel kecil untuk mengiringi tarian singa dan orkestra Cina moden, iaitu huayue tuan. Selain itu, luo juga merupakan set gong yang terdiri daripada 10 atau lebih biji gong yang digantung pada rak kayu dan dipukul dengan pemukul kayu. Lihat juga yun lo. |