antilogarithm | antilogaritma | Matematik | Tiada | Songsang bagi logaritma. Jika loga N = x, maka antilog ax = N yang bersamaan dengan ax. |
neutron lifetima log | log pereputan mneutron denyut | Kejuruteraan | Petroleum | lihat loga tempoh hayat neutron. |
differential case | selongsong pembeza | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit yang diperbuat daripada loga yang disambung kepada gear gelang dan dipacu oleh pinan. |
single-event curve | keluk acara-tunggal | Biologi | Genetik | Lekuk gerak balas-dos dalam radiobiologi yang memberikan pertalian linear apabila loga kemandirian diplotkan melawan dos sinaran. |
fluoride | fluorida | Kimia | Tiada | Sebatian sesua yang mengandungi fluorin dengan unsur lain. Fluorida logam bersifat ion, seperti natrium fluorida, Na+F-, manakala fluorida bukan loga bersifat kovalen, seperti fosforus triflourida, PF3. |
logarithm | logaritma | Matematik | Tiada | Indeks (x) bagi suatu nombor positif a supaya kuasa berkenaan (ax) mengambil nilai tertentu (N). Jika ax = N ditulis x = loga N yang dibaca sebagai logaritma bagi N kepada asas a. Nombor positif a dikenali sebagai asas logaritma. Misalnya, 81 = 34 ditulis 4 = log3 81. |
radioactivity log | log keradioaktifan | Kejuruteraan | Petroleum | Kumpulan log telaga yang terdiri daripada log-log mengenai parameter-parameter fizikal formasi yang didapatkan menerusi pengelongan yang menggunakan prinsip keradioaktifan. Termasuk dalam kumpulan ini ialah log sinar gama, loga ketumpatan, log neutron, log salun magnet nuklear dan sebagainya. |
metal detector | alat pengesan logam | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat elektronik yang digunakan untuk mengesan objek logam yang tertanam di dalam tanah. Alat ini perlu diimbas ke kiri dan ke kanan di atas permukaan tanah bagi mendapatkan hasil bacaan. Apabila loga dikesan, meter bacaan akan bergerak dan mengeluarkan bunyi. Lokasi jumpaan logam ini akan ditandai dan ditentukan kedudukannya dengan menggunakan Sistem Kedudukan Geografi (GPS). Penggunaan alat pengesan logam ini merupakan teknik survei yang tidak merosakkan artifak dan termasuk dalam kategori survei bawah permukaan tanah. |
gamma ray log | log sinar gama | Kejuruteraan | Petroleum | Carta berbentuk graf tentang nilai keamatan sinar gama semula jadi yang dipancarkan oleh formasi, yang didapatkan daripada pengelogan sinar gama. Unit keamatan dinyatakan dalam unit API dan nilai ini diplot terhadap kedalaman. Dalam set log-log telaga yang lazim, log ini dirakamkan dalam lajur yang paling kiri sekali. Log ini adalah satu daripada loga keradioaktifan dan digunakan terutamanya untuk penentuan litologi. |
logotype | logo | Komunikasi | Korporat | Objek, simbol, atau perkara yang digunakan sebagai alat untuk mengenal organisasi, barangan atau perkhidmatan. Objek ini dihasilkan melalui proses reka bentuk yang diasaskan kepada beberapa ciri seperti kepercayaan, pegangan dan pendirian organisasi, nilai barangan atau perkhidmatan, dan warna korporat organisasi tersebut. Hasil akhir proses reka bentuk ini diangkat sebagai simbol yang boleh membentuk citra organisasi, barangan, atau perkhidmatan. Antara unsur pada sesuatu loga yang perlu diberi perhatian termasuklah warna, reka bentuk, jenis huruf, slogan, dan maskot. Letakkan sesuatu logo pada sesuatu bangunan atau ruang dalam iklan juga diberikan perhatian rapi bagi memastikan logo memberikan kesan yang signifikan kepada khalayak. |