local rubbing down | usapan lokal | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
local colour | warna tempatan; warna lokal | Kesusasteraan | Puisi | Segala pencitraan dalam puisi terutamanya pemakaian bahasa dan penggunaan unsur alam yang bersifat tempatan. Dengan kata lain, tiada pengaruh dan penggunaan unsur dari luar wilayah atau negara. Contohnya, "Waktu Berdepan Denganmu, Kinabalu" dalam kumpulan pantun Era karya Kemala. Kinabalu Kinabalu kutatang rindu aneh itu atmacinta bercucuran dari tubuhmu dari sungai rahmat mengalir percintaan syahdu zaman ke zaman |
politics of local government | politik kerajaan tempatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Persaingan politik yang wujud pada peringkat lokal tanpa melibatkan peringkat negeri atau pusat. Politik peringkat ini berlegar sekitar persoalan tanah dan pembahagian tanah, lesen, kontrak dan tender, kemudahan awam, infrastruktur dan keselamatan kawasan tempatan. Jabatan kerajaan yang sering terlibat dengan politik peringkat ini ialah Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Agama dan sebagainya. |
political decentralization | desentralisasi politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah pentadbiran yang menurunkan kuasa daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri dan tempatan. Usaha ini akan menjana kewibawaan pentadbiran di peringkat lokal apabila mereka memiliki autoriti sendiri untuk melaksanakan bidang kuasa. Pemencaran kuasa ini boleh menghasilkan kerja yang lebih cekap apabila kerajaan pusat tidak lagi dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Kerajaan tempatan seperti majlis daerah atau majlis perbandaran akan memainkan peranan penting bagi menguruskan hal ehwal mereka seperti urusan pengutipan cukai, kemudahan awam, infrastruktur, kebersihan, kesihatan dan perumahan. |
type | tipa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu. |