Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luang] | لواڠ

Definisi : 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3. kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak; meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luang] | لواڠ

Definisi : Jk; meluang berasa tidak sedap badan, berasa hendak demam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luang] | لواڠ

Definisi : reda (ribut, angin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luang] | لواڠ

Definisi : 1 ruang yg kosong; kelapangan (tempat atau waktu): Orang terlalu banyak sehingga utk berdiri pun tidak ada ~ lagi. 2 kekosongan jawatan (tenaga pekerja). meluangkan mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. terluang 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. peluang kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luang
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gapluangBiologiEkologiKawasan terbuka di kanopi hutan, yang terbentuk akibat kematian pokok besar yang disebabkan oleh umur yang tua atau serangan anai-anai. Dari segi ekologi hutan tropika, luang amat penting untuk penjanaan spesies kayu balak, seperti meranti, Shorea sp. dan keruing, Dipterocarpus, kerana kewujudan luang boleh membebaskan anak cambah spesies tersebut di lantai hutan, yang seterusnya dapat terus membesar.
airudara; luangKesenianTiada2. Luang: Atmosfera pada lukisan landskap.,3. Ruang di sekeliling objek atau potret dalam lukisan cat.,4. Ruang kosong pada permukaan cetakan.
synaptic gapluang sinapsBiologiHistologi dan SitologiLuang di antara dua neuron yang bersebelahan, yang menjadi laluan pemindahan impuls saraf dari satu akson neuron ke neuron lain. Pemindahan impuls berlaku akibat tindak balas kimia asetilkolina yang dirembeskan, diangkut ke neuron lain dan akhirnya dihidrolisiskan oleh enzim asetilkolinesterase.
marginal gapsruang pinggirPergigianTiadaLuang yang wujud pada pinggir restorasi dan gigi. Luang ini boleh berlaku disebabkan oleh pengecutan atau fraktur bahan restorasi. Ini boleh menyebabkan makanan berkumpul di kawasan tersebut dan mengakibatkan karies berulang.
breezewayluang legaKejuruteraanTiadaTiada
gapluangBiologiGenetikKedudukan apabila satu atau lebih nukleotida hilang dalam polinukleotida bebenang dua.
air gapluang udaraFizikTiadaTiada
well spacingluang telagaGeologiTiadaKedudukan kawasan dan perkaitan antara telaga minyak pengeluar atau telaga gas pengeluar di dalam sesuatu lapangan minyak.
air gapluang udaraKejuruteraanTiadaTiada
vehicle spacingluang kenderaanKejuruteraanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas