egalitarianism | egalitarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mahukan persamaan hak, taraf dan kedudukan terhadap semua anggota sama ada dari sudut pemilikan harta mahupun tanggungjawab. Fahaman ini selalu dikaitkan dengan kehidupan di desa zaman tradisional yang menggambarkan anggota komuniti yang hidup ringkas, kenaI antara satu dengan lain, saling tolong-menolong, bergotong-royong dan mengongsi sama sumber asli dan sumber kekayaan yang ada. Fahaman ini dibawa ke zaman moden sebagai usaha mengurangkan perbezaan miskin kaya dan sekali gus menolak fahaman kapitalisme yang memberi kelebihan kepada kelas pemodal. |
sukuk index | indeks sukuk | Ekonomi | Ekonomi Islam | Indeks untuk mengukur prestasi umum bon yang selaras dengan syariah. Indeks ini menjadi tanda ukur bagi pelabur yang mahukan pendapatan tetap pelaburan daripada bon syariah. Indeks ini dikira berdasarkan kepada sekumpulan bon yang setiap satunya mesti memenuhi ciri-ciri tertentu, iaitu bon mestilah selaras dengan syariah, masa matang minimum ialah satu tahun, saiz penerbitan minimum ialah sebanyak US250 juta dan mempunyai penarafan ‘BBB‘. Para pelabur menggunakan indeks ini sebagai panduan untuk membuat keputusan sama ada melabur atau sebaliknya. Contohnya, sekiranya pulangan bon atau sukuk yang diterbitkan oleh sebuah syarikat adalah lebih tinggi daripada indeks sukuk, maka pelabur cenderung untuk membeli bon syarikat tersebut. |
isolationism | fahaman pemencilan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Fahaman yang menyokong dasar pemisahan diri dari dunia luar, yang pernah diamalkan oleh Amerika Syarikat pada suatu tempoh masa. Fahaman ini merujuk kepada sekumpulan ahli politik Amerika Syarikat yang mahukan negara tersebut tidak melibatkan diri dalam hal ehwal negara lain atau mengadakan sebarang perjanjian dengan negara lain. |
federalism | federalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan atau pentadbiran negara yang terbahagi kepada dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dalam sesebuah negara yang memiliki banyak wilayah, pembahagian ini dibuat kerana wilayah-wilayah tersebut mahukan autonomi dalam bidang tertentu. Sistem ini mengutamakan hak autonomi bagi golongan minoriti dan wilayah yang terpisah. Perlembagaan dalam sistem ini membahagikan kuasa negeri dan kuasa pusat kepada dua senarai yang berbeza. Kerajaan pusat biasanya menguasai bidang yang penting seperti hal-ehwal luar, keselamatan dalam negeri, kewangan dan pendidikan, manakala kerajaan negeri menguasai bidang-bidang seperti kebudayaan, sumber alam, tanah, cuti am dan agama. Namun begitu, terdapat juga sistem persekutuan yang mewujudkan senarai bersama iaitu bidang kuasa yang dikongsi antara kerajaan pusat dan negeri. Contohnya Malaysia, Kanada, India dan Australia. Sinonim faham persekutuan. |
bribery | rasuah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan dari orang tersebut. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu terdesak kerana mahukan keuntungan material atau boleh juga kerana ingin mendapatkan keuntungan secara segera. Contoh, seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebaliknya ia memberikan pula lesen perniagaan kepada orang tersebut sebagai memenuhi permintaannya. |
whiggery | prinsip whiggs | Sains Politik | Politik Perbandingan | Prinsip perjuangan yang mengurangkan kuasa raja atau istana dan mendesak kepada peluasan kuasa parlimen. Gerakan ini bermula di Great Britain pada abad ke-17 dan kemudian ideanya meluas ke Amerika Syarikat serta mendorong kepada gerakan kemerdekaan Amerika Syarikat. Prinsip ini tidak menolak kehadiran institusi raja tetapi mahukan kedudukannya terbatas kepada urusan rasmi yang minimum. Tindakan Oliver Cromwell yang menghukum raja yang bersalah di Great Britain pada abad ke-17 dahulu merupakan contoh jelas prinsip Whiggs ini cuba direalisasikan. |
secular state | negara sekular | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sesebuah negara yang tidak langsung bersandarkan kepada keagamaan atau unsur kepercayaan mistik. Pemerintahan ini memisahkan persoalan politik dan negara daripada sebarang peraturan keagamaan. Dalam pemerintahan ini, unsur rasionalisme memainkan peranan penting menggantikan peraturan agama. Kesalahan jenayah atau sivil tidak dihukum atau diadili melalui perundangan agama, sebaliknya melalui proses perundangan yang bebas. Demikian juga proses politik dan persaingan yang dilaksanakan bebas daripada tuntutan sebarang agama seperti mahukan ulama menjadi pemerintah. |
Whiggism | Whiggisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang memperjuangkan pengurangan kuasa raja dan meningkatkan kuasa parlimen atau dewan perundangan. Fahaman ini berkembang pada abad ke-17 hingga ke-19 di Great Britain dan seterusnya berkembang ke Amerika Syarikat yang sekali gus mendorong mereka menuntut kemerdekaan daripada monarki Britain. Fahaman ini bagaimanapun tidak menuntut kepada penghapusan kedudukan raja di Great Britain tetapi hanya mahukan pengurangan kuasa mereka. Dari gagasan inilah munculnya konsep berperlembagaan. |
power | kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keupayaan untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang, kelompok atau negara lain yang biasanya mempunyai kaitan dengan autoriti. Melalui keupayaan ini, ia boleh mengarah seseorang, kelompok atau negara bertindak mengikut kehendaknya. Kuasa politik selalunya bersandarkan kepada sokongan orang ramai, kekuatan tentera atau ekonomi yang diberi melalui peruntukan perlembagaan, kelulusan dewan perundangan atau pengesahan di peringkat PBB. Lawatan penting dalam pemerintahan, pentadbiran negara dan organisasi penting selalu diikuti dengan kuasa atau bidang kuasanya. Dengan itu, ia menjadi rebutan orang ramai seperti pilihan raya yang menjadi saingan parti politik kerana mahukan kuasa untuk memerintah negara. Kuasa boleh juga wujud dalam keadaan tidak absah seperti menggunakan kekuatan tentera, kekerasan dan dilaksanakan ke atas pihak yang lebih lemah. Contohnya, tindakan Amerika Syarikat mengingkari keputusan PBB untuk bertindak menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah satu manifestasi penggunaan kuasa tanpa sebarang kew |
revisionist | revisionis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan yang mentafsir semula sesuatu ideologi yang biasanya dikaitkan dengan ideologi komunisme atau sosialisme. Salah satu golongan yang utama ialah gerakan sosialisme Marxian yang menilai semula pemikiran Marxis berhubung dengan revolusi proletar. Gerakan ini mula mencadangkan perubahan masyarakat secara evolusi dan bukannya secara revolusi setelah melihat revolusi industri England gagal membawa sebarang revolusi proletar seperti yang dianjur oleh Marx. Golongan ini mula memikirkan kembali kekuatan teori tersebut dan mencadangkan pindaan seperti konsep polisentrisme yang dianjurkan oleh Togliatti dan Bernstein. Mereka mahukan suatu gagasan yang lebih realistik kesan daripada perubahan keadaan terutamanya sifat bekerja, sikap pemodal dan kedudukan buruh yang lebih baik. |