feeding cycle | pusingan makan | Perikanan | Tiada | Kitaran waktu makan ikan bagi mendapatkan makanan secukupnya. Maklumat mengenai pusingan makan ikan dapat membantu pemancing menentukan masa yang sesuai untuk memancing ikan. Kitaran waktu makan ikan dipengaruhi oleh faktor masa tertentu seperti waktu bulan penuh atau waktu bulan sabit, waktu matahari naik atau waktu matahari terbenam, atau waktu air pasang atau waktu air surut. Contohnya, waktu matahari hampir terbenam dan waktu matahari hampir terbit merupakan masa yang paling sesuai untuk memancing kerana pada masa ini ikan sangat aktif mencari makanan. |
teething | pertumbuhan gigi | Pergigian | Tiada | Proses pergerakan gigi daripada tulang alveolus ke ruang mulut. Gigi desidus yang pertama tumbuh pada usia kanak-kanak enam bulan diikuti dengan gigi lain mengikut susunan pengeruptan. Proses ini biasanya tidak menimbulkan sebarang gejala. Walau bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak boleh mengalami gejala seperti kemerahan dan bengkak pada mukosa mulut, demam, selera makan menurun, pengeluaran air liur berlebihan dan kemerahan pada pipi. Gigi kekal pertama tumbuh pada usia enam tahun dan diikuti dengan gigi lain mengikut susunan pengeruptan. Lihat juga susunan pengeruptan |