Maklumat Kata

Puisi
 

Hujan ribut saya tak basah,
     Bukit Tenging bercabang tiga;
Makan minum bujang tak susah,
     Sakit pening siapa nak jaga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Makan bersabitkan.

Bermaksud :

Mendapat makan dan minum tanpa bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nil by mouthmakan minum dilarangPerubatanTiadaTiada
inclusive tourlawatan pakej rangkumPentadbiran PerniagaanTiadaLawatan rombongan yang bayarannya termasuk tambang, penginapan, lawatan, makan minum dan lain-lain.
oral administrationpemberian oralFarmasiFarmakologiPemberian sesuatu drug atau ubat melalui mulut sama ada dengan cara makan, minum atau telan. Pemberian drug secara oral merupakan kaedah yang paling biasa digunakan kerana ia lebih mudah dan murah.
biological drivedorongan biologiSosiologiTiadaKeinginan yang timbul untuk memenuhi keperluan semula jadi manusia, termasuk keperluan seks, makan, minum dan lain-lain.
group inclusive orderpesanan kumpulan terangkumPelanconganTiadaPesanan secara berkumpulan yang merangkumi pakej seperti tambang kapal terbang, penginapan, makan minum dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong.
fully inclusive tourlawatan lengkap terangkumPelanconganTiadaLawatan yang mengambil kira kesemua kemudahan perkhidmatan termasuk tambang pengangkutan, kos penginapan, makan minum dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong.
hierarchy of needshierarki keperluanPentadbiranTiadaTeori tatatingkat keperluan manusia yang di susun mengikut turutan, iaitu daripada peringkat asas seperti makan, minum, seks, dan sebagainya sehinggalah kepada keperluan yang paling tinggi seperti pencapaian hasrat diri.
in-kind sponsorpenaja barangan; penaja perkhidmatanEkonomiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dalam bentuk barangan atau perkhidmatan (bukan wang tunai) seperti perjalanan, penginapan, hadiah, makan minum dan lain-lain.
in-kind sponsorpenaja barangan; penaja perkhidmatanKomunikasiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dalam bentuk barangan atau perkhidmatan (bukan wang tunai) seperti perjalanan, penginapan, hadiah, makan minum dan lain-lain.
parkwaylebuh tamanLandskapTiadaJalan raya lebar yang menuju ke luar bandar serta dihiasi dengan pelbagai tumbuhan yang dapat memberikan keselesaan kepada pemandu. Jalan raya ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat makan minum, rehat, surau dan sebagainya.
12

Kembali ke atas