Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni/] | مانيق

Definisi : 1. butir-butir kecil drpd kaca atau karang dll yg berlubang (dan boleh dicucuk utk dijadikan kalung, perhiasan, dll); 2. butir­butir kecil yg berwarna-warni, digunakan sbg hiasan pd biskut, kek, dll: setelah sejuk sapu-kan coklat cair dan taburkan ~ di atas kek; bagai ~ putus pengarang (tali) prb perihal air mata yg bercucuran; bermanik-manik 1. memakai kalung dll drpd manik; 2. berbutir-butir spt manik (peluh dll): di daun-daun masih kelihatan air ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni/] | مانيق

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil), Aglaia spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni/] | مانيق

Definisi : butir kaca dll yg berlubang dan dicucuk banyak-banyak utk dijadikan kalung dll. bermanik-manik berbutir-butir spt manik (bkn peluh, embun dll): Dlm panas matahari itu, kelihatan peluhnya ~ di dahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manik (kata nama)
Bersinonim dengan manas, merjan.,

Puisi
 

Katang-katang berisi manik,
     Manik berisi campur padi;
Saya datang hendaklah naik,
     Mana tempat membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beaded screenkelir manikKomunikasiTiadaLayar yang diperbuat daripada manik-manik putih untuk menayangkan filem. Layar ini boleh menghasilkan imej yang sangat cerah.
abacusabakus/sempoaMatematikTiada

Sejenis alat hitung lama yang terdiri daripada rod-rod dan manik-manik.

Egyptian collarkolar MesirKesenianTiadaLecar lebar dan rata yang dibuat pada Zaman Mesir Purba, daripada manik-manik, karang-karangan, bijian, barang tembikar dan batu permata dalam berbagai warna. Kadang kala diikat dengan emas atau daun lontar atau fabrik bercorak geometri dan disulam dengan benang sayat berwarna.
fractional distillationpenyulingan berperingkatKimiaTiadaPenyulingan yang digunakan untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai takat didih yang berbeza. Proses ini menggunakan turus pemeringkatan yang tegak dan panjang yang diisi dengan manik-manik kaca supaya refluks separa boleh berlaku. Kaedah ini dapat menghasilkan pengasingan lengkap dua atau lebih cecair yang mudah meruap. Sebahagian daripada wap akan terkondensasi dan cecair yang terhasil akan bertembung dengan lebih banyak wap dan proses ini akan berulang. Pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang rendah akan terus masuk ke dalam kondenser penyulingan, manakala pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang tinggi akan masuk balik ke dalam kelalang penyuling. Penyulingan berperingkat merupakan kaedah asas bagi penghasilan petroleum daripada minyak mentah. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 147 Penyulingan berperingkat
didactic poetrypuisi didaktikKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi pemikiran dan unsur nasihat kepada semua lapisari masyarakat sama ada secara langsung atau tidak. Contohnya, seperti pantun di bawah. Pinang muda dibelah dua, Manik-manik mati dirambah: Dari muda sampai tua, Pengajaran baik jangan diubah.
beadmanikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPerhiasan yang digunakan dalam bentuk kalung atau rantai. Pada zaman prasejarah, manik dihasilkan dengan menggunakan tulang ikan, gigi binatang dan kulit kerang. Kemudian pembuatan manik berkembang dengan menggunakan tanah liat, kaca dan batu. Antara jenis batuan terdiri daripada jasper, kuartza, kalsedoni, beril, akik merah, ametis, kristal dan jed. Antara tempat penemuan manik di Malaysia ialah di Kuala Selinsing (Perak), Lembah Bujang (Kedah), Kampung Sungai Lang dan Lembah Bernam (Selangor).
bead worksulam manikKesenianTiada1. Kerja tangan menggunakan manik yang dihasilkan dengan cara sulam tenun dan kait.,2. Sulaman yang dibuat dengan cara menjahitkan manik di atas pakaian dan beg untuk hiasan.
beadingsulam manikKesenianTiada1. Kerja tangan menggunakan manik yang dihasilkan dengan cara sulam tenun dan kait.,2. Istilah yang merujuk kepada sulaman yang dibuat dengan cara menjahitkan manik di atas pakaian dan beg untuk hiasan.
bead worksulam manikPentadbiran PerniagaanTiada1. Kerja tangan menggunakan manik yang dihasilkan dengan cara sulam tenun dan kait.,2. Sulaman yang dibuat dengan cara menjahitkan manik di atas pakaian dan beg untuk hiasan.
porosity testuji porosKesenianHiasan DalamanKaedah menentukan kadar keporosan lantai konkrit sebelum kerja memasang karpet dilaksanakan menggunakan perekat. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menuang secawan air pada permukaan lantai secara rambang. Sekiranya air meresap, ini menandakan lantai tersebut poros. Jika air masih berada di lantai atau pecah menjadi manik-manik air, menandakan lantai tersebut kalis serapan.
12345678910...

Kembali ke atas