Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.rin] | مارين

Definisi : bp kelmarin, semalam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rin] | مارين

Definisi : 1. terdapat di atau berkaitan dgn laut; 2. berkaitan dgn perkapalan, pelayaran, dsb; 3. anggota pasukan tentera laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rin] | مارين

Definisi : 1 terdapat di laut atau berkaitan dgn laut: kehidupan ~. 2 berkaitan dgn perkapalan, pelayaran, dsb. 3 anggota pasukan tentera laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marine ecosystemekosistem marinSains MarinTiadaEkosistem akuatik bumi yang paling besar meliputi dua pertiga permukaan bumi. Ekosistem marin merangkumi semua jenis ekosistem di laut, termasuk ekosistem rawang, ekosistem pantai, ekosistem bakau, ekosistem terumbu karang, ekosistem laut dalam dan sebagainya.
marine gabiongabion marinSains MarinTiadaSangkar dawai yang berbentuk segi empat atau silinder yang dipenuhi dengan batu konkrit atau pasir bagi menghalang hakisan. Bentuk binaan ini sangat kukuh berbanding dengan binaan daripada konkrit konvensional kerana sukar dihanyutkan oleh arus yang kuat.
marine perilsperil marininsuransTiadaRisiko yang dilindungi di bawah polisi insurans marin. Peril yang termaktub dalam polisi marin telah ditakrifkan mengikut keputusan admiralti.
marine perilsperil marinPentadbiran PerniagaanTiadaRisiko yang dilindungi di bawah polisi insurans marin. Peril yang termaktub dalam polisi marin telah ditakrifkan mengikut keputusan admiralti.
marine insuranceinsurans marininsuransTiadaInsurans yang khusus berkaitan dengan kaedah pengangkutan serta barangan dalam transit. Istilah marin sahaja merujuk kepada pengangkutan lautan dan istilah marin dalaman pula merujuk kepada pengangkutan serta barangan di darat termasuk sungai dan tasik.
marine insuranceinsurans marinPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang khusus berkaitan dengan kaedah pengangkutan serta barangan dalam transit. Istilah marin sahaja merujuk kepada pengangkutan lautan dan istilah marin dalaman pula merujuk kepada pengangkutan serta barangan di darat termasuk sungai dan tasik.
oceanographyoseonografiSains MarinTiadaKajian tentang laut dan lautan termasuk sains marin yang berhubung dengan sempadan lautan dan topografi dasar laut, fizik dan kimia air laut, jenis arus dan berbagai-bagai fasa biologi marin.
marine ecotourismekopelancongan marinPerikananTiadaAktiviti rekreasi dan pelancongan yang mementingkan ekosistem laut, melibatkan flora dan fauna. Ekopelancongan marin memberikan kesan positif kepada flora dan fauna serta persekitaran semula jadi kerana aspek pemuliharaan yang diberi keutamaan. Selain itu, prinsip pembangunan mapan dan program kesedaran serta sikap cinta terhadap alam sekitar turut ditekankan. Antara aktiviti ekopelancongan marin termasuklah aktiviti menaiki bot, meluncur air, menyelam di dasar laut dan memancing.
boringpenggerekanSains MarinTiadaOrganisma marin yang melakukan aktiviti menggerek ke dalam struktur kayu, batu karang dan sebagainya. Lihat juga organisma penggerek.
river marinemarin sungaiPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian insurans marin lautan yang melindungi kapal yang menggunakan laluan perairan pedalaman.
12345678910...

Kembali ke atas