Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ruah] | مرواه

Definisi : Ar 1. kehormatan (diri), harga diri: dia tidak menjaga ~nya; rakyat Malaysia bersatu padu dan teguh di belakang kera-jaan dlm mempertahankan ~ tanah air; 2. sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ruah] | مرواه

Definisi : kehormatan atau harga diri (seseorang); nama baik: Kita mestilah menjaga ~ diri dan ~ bangsa kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maruah (kata nama)
Bersinonim dengan kehormatan, harga diri, nama baik, reputasi, akhlak.,

Peribahasa

472

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Jaras dikatakan(katanya) raga jarang

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Jaras dikatakan(katanya) raga jarang, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dignitydarjah; maruahSejarahTiada1. Gelaran, kedudukan atau pangkat yang tinggi atau jawatan yang tinggi.,2. Sifat sesuatu yang menunjukkan kemuliaan atau kebesaran serta dihormati.
human dignitymaruah manusiaKejururawatanTiadaKehormatan manusia dengan menjaga hak dan tuntutan individu dan komuniti.
saving facejaga maruahSosiologiTiadaTiada
saving facejaga maruahPsikologiTiadaTiada
loss of facejatuh maruahSosiologiTiadaTiada
loss of facejatuh maruahPsikologiTiadaTiada
self-esteemharga diriPerubatanTiadaPencapaian maruah diri pada tahap yang mencapai kepuasan diri seseorang. Harga diri boleh terbahagi kepada harga diri rendah atau tinggi.
self-esteemharga diriKejururawatanTiadaPencapaian maruah diri pada tahap yang mencapai kepuasan diri seseorang. Harga diri boleh terbahagi kepada harga diri rendah atau tinggi.
flame messagemesej baraTeknologi MaklumatTiadaMesej untuk menjatuhkan maruah seseorang yang dihantar melalui internet.
الضرر المعنوىkerugian moralAgama IslamFiqhKemudaratan yang melibatkan moral atau maruah.
12

Kembali ke atas