solar activity | aktiviti suria | Matematik | Tiada | Fenomenon yang berubah-ubah di permukaan matahari. Tompok matahari, fakula/plag, filamen atau semarak dan kilau ialah fenomenon aktiviti suria. |
sunshine | sinaran matahari | Sains | Hidrometeorologi | Pancaran langsung dari matahari. Disebabkan oleh perbezaan tentang kekeruhan atmosfera (sendirian dan bersama dengan jisim udara optik) dan ketebalan optik awan yang berubah-ubah, perbezaan antara sinaran matahari dan kurangnya sinaran matahari adalah perkara sembarangan yang banyak bergantung pada jenis perakam cahaya matahari yang digunakan atau pada mutu anggaran subjektif. |
radio sun | matahari radio | Matematik | Tiada | Matahari sebagaimana yang terakam pada teleskop radio. Oleh sebab pemancaran gelombang pendek radio yang berterusan itu berasal bukan sahaja dari matahari tampak itu sendiri, tetapi daripada kawasan luas di sekelilingnya, maka matahari radio mempunyai diameter yang ukurannya lebih daripada dua kali ganda ukuran diameter tompok matahari. |
bunga matahari | bunga matahari | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga matahari. Motolow |
suluh matahari | suluh matahari | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur kosmos berbentuk pancaran cahaya matahari. |
solar eclipse | gerhana matahari | Matematik | Tiada | Gerhana yang berlaku pada matahari, iaitu apabila anak bulan lalu di antara bumi dengan matahari dan bayangnya sampai ke bumi, dan kawasan yang menerima bayang inilah yang mengalami gerhana matahari. |
bunga suluh matahari | bunga suluh matahari | Kesenian | Tiada | Motif batik berunsur kosmos berbentuk sinaran matahari. |
bunga sinar matahari | bunga sinar matahari | Kesenian | Tiada | Motif tenunan berunsur kosmos berbentuk sinaran matahari. |
mock sun | matahari maya | Geografi | Tiada | Imej matahari disebabkan pembiasan cahaya matahari melalui hablur ais awan tinggi. |
brise-soleil | pengadang matahari | Kesenian | Seni Bina | Elemen di bahagian permukaan luar dinding yang berperanan sebagai pengadang pancaran matahari daripada memasuki ruang dalaman bangunan. Terdapat pelbagai reka bentuk pengadang matahari seperti binaan mengufuk bersudut tepat dengan dinding, menegak selari dengan dinding, dan gabungan binaan mengufuk dan menegak. Terdapat juga pengadang matahari yang dibina bagi tujuan untuk membalikkan pancaran cahaya matahari supaya dapat masuk lebih jauh ke dalam ruang bangunan. |