Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.yang] | مايڠ

Definisi : bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm seludangnya; ~ mengurai rambut yg mengurai serta ikal; ikal ~ ikal spt mayang (rambut); ~ menolak seludang prb orang yg melupakan jasa orang yg memeliharanya sejak kecil; seludang menolak ~ prb memegah-megahkan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yang] | مايڠ

Definisi : ; putu ~ sj penganan yg dibuat drpd tepung beras dan dikukus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yang] | مايڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Palaquium ridleyi; buluh ~ sj buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yang] | مايڠ

Definisi : bunga kelapa (atau bunga pokok palma lain) yg masih di dlm seludangnya. ~ mengurai rambut yg ikal mengurai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.yang] | مايڠ

Definisi : ; perahu ~ perahu utk menangkap ikan di laut; perahu pukat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.yang] | مايڠ

Definisi : nama salah satu bintang dlm rasi; (bintang) Virgo. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mayang

Puisi
 

Selendang mayang dari Bali,
     Pakaian anak tuan puteri;
Jangan dikenang orang yang pergi,
     Orang yang dekat sudah menanti.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bermayang-mayang menjadi mumbang.

Bermaksud :

Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chiffonaderacik mayangPentadbiran PerniagaanTiadaSayur-sayuran yang diracik atau dicincang halus untuk sup, salad atau sos salad.
bunchtandan; mayang; ikat; heret-berkasPerhutananTiadaTiada
bunchtandan; mayang; ikat; rumpunPertanianTiadaTiada
bunchtandan; mayang; ikat; jambakPentadbiran PerniagaanTiadaJambakBenda-benda kecil yang sejenis dan diikat bersama.
vegetables chiffonaderacik mayangPentadbiran PerniagaanTiadaSayur-sayuran yang diracik atau dicincang halus untuk sup, salad atau sos salad.
matte screenskrin mayangPendidikanTiadaSkrin yang dapat memberi pancaran balik yang merata dan digunakan di dalam bilik besar yang memerlukan bidang tayangan yang lebar.
mushroom soupsup cendawanPentadbiran PerniagaanTiadaSup daripada kaldu cendawan dan cendawan mayang.
mushroom saucesos cendawanPentadbiran PerniagaanTiadaSos suprem yang dicampur kaldu cendawan dan cendawan mayang.
rhythm spellsjampi beriramaKesusasteraanTiadaPengucapan jampi secara berirama ketika dalam pengubatan dan ngruwat. Contoh: Ulek Mayang.
folk songnyanyian rakyatKesusasteraanPuisiNyanyian dalam bentuk puisi. Contohnya, Nyanyian Rentak Kuda, Bongai, Tumbuk Kala, Dikir Barat dan Ulit Mayang
12

Kembali ke atas