meja tulis stensil | meja tulis stensil | Kesenian | Seni Batik | Meja membatik yang besarnya kira-kira 8 kaki x 5 kaki (40 kaki persegi) yang mempunyai cahaya di bahagian bawahnya dan digunakan sebagai tempat untuk melukis corak pada stensil yang akan dijadikan blok-stensil. |
book rest | penahan buku | Perpustakaan | Tiada | Alat mudah-alih yang menyamai penyandar muzik piano, biasanya diletakkan pada sudut sesuai untuk tujuan bacaan di atas meja, atau diletakkan di atas meja tulis bagi menyandarkan buku tersebut apabila membuat nota atau catatan daripadanya. |
bingkai batik tulis | bingkai batik tulis | Kesenian | Seni Batik | Alat yang berupa kerangka kayu atau logam yang berfungsi sebagai meja untuk merentangkan kain yang hendak dicanting. Peregang akan digunakan jika kain yang direntangkan itu tidak tegang. Di Terengganu alat ini disebut sebagai kuda. bd. meja pukul, meja stensil. |