Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.hir.kan] | ملاهيرکن

Definisi : 1. mengeluarkan perasaan (per­kataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.hir.kan] | ملاهيرکن

Definisi : 1 mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat dll): Ahmad pandai ~ perasaan dan pendapatnya dlm cerpen-cerpennya. 2 mengeluarkan anak dr kandungan; bersalin: Isterinya baru saja ~ anak lelaki. 3 mengadakan; mewujudkan: Muawiyah telah ~ corak baru dlm pentadbirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lahir
1. Bersinonim dengan lahiriah
( luaran, nyata, maujud, jasmaniah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan terbit
( jadi, keluar, muncul, hidup, terpancar, menjelma, timbul, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : melahirkan, kelahiran, lahiriah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
psychodramapsikodramaPsikologiPsikologi UmumTerapi yang membuatkan klien melahirkan konflik dan perasaan dalamannya terhadap orang lain yang bertindak sebagai pelakon tambahan. Contohnya, individu yang bermasalah boleh bertindak atau melahirkan kemarahannya kepada ahli terapi yang berperanan sebagai bapa, sementara orang lain boleh memainkan peranan sebagai adik, abang, kakak, ibu serta orang lain dalam keluarganya.
encounter groupkelompok pertemuanPsikologiPsikologi UmumKumpulan yang memberi peluang kepada individu yang saling tidak mengenali bertemu dan melahirkan masalah serta rasa kekecewaan mereka. Kelompok ini memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan kesedaran dan perkembangan diri kerana boleh berkomunikasi dan melahirkan perasaan secara jujur. Penekanan dalam kelompok ini ialah peserta perlu mengelak daripada berbohong dan berselindung diri. Contohnya, mangsa trauma yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akan berkumpul dan melahirkan perasaan yang dialami secara jujur dan terbuka.
heiferheiferPertanianAgroteknologiLembu betina muda yang berumur satu tahun atau lebih, yang belum pernah melahirkan anak. Heifer akan dikahwinkan dengan lembu jantan bagi tujuan membiakkan anak. Bagi lembu tenusu, setelah melahirkan anak dan cerai susu, heifer yang kini menjadi ibu lembu akan terus diternak untuk mendapatkan susu. Selain heifer, haiwan ternakan lembu yang biasa terdapat dalam sesebuah ladang ternakan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori seperti lembu jantan baka, anak lembu belum cerai susu, anak lembu cerai susu, anak lembu jantan dan lembu menyusu.
lactating phasefasa penyusuanVeterinarTiadaFasa pengeluaran susu bagi haiwan tenusu selepas melahirkan anak. Bagi lembu dan kambing tenusu, anak disapih ketika berumur seminggu dan susu daripada ibu ternakan tersebut diperah sehingga 10 bulan untuk tujuan komersial. Hasil pengeluaran susu meningkat dengan cepat pada 1-1.5 bulan pertama selepas melahirkan anak dan kemudiannya menurun dengan perlahan sebelum dihentikan dua bulan sebelum kelahiran anak yang berikutnya. Bagi ternakan lain, tempoh ini berbeza mengikut jenisnya iaitu di sepanjang tempoh anak dibenarkan menyusu. Bagi lembu pedaging, tempoh penyusuannya berlaku selama 6 bulan, kambing dan biri-biri selama 3 bulan dan babi pula selama 3 minggu.
childbirthmelahirkan anakKependudukanTiadaTiada
accouchementmelahirkan anakKependudukanTiadaTiada
childbearingboleh melahirkan anakGeografiTiadaTiada
childbearingboleh melahirkan anakKependudukanTiadaTiada
childbirth at homemelahirkan anak di rumahKependudukanTiadaTiada
childbearing yearstempoh boleh melahirkan anakKependudukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas