fast idle cam | sesondol melahu cepat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti berbentuk sesondol dalam karburetor yang bersambung dengan pencekik automatik. Peranti ini bertujuan untuk memegang injap pendikit supaya terbuka sedikit apabila enjin masih berkeadaan sejuk. Sesondol melahu cepat membolehkan enjin melahu pada kelajuan lebih tinggi sehingga enjin mencapai suhu operasi. |
idle speed | kelajuan melahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kelajuan dalam unit putaran per minit (rpm) yang ditentukan untuk sesebuah enjin berada dalam keadaan melahu. Dalam keadaan ini, injak pemecut dilepaskan sepenuhnya dan enjin tidak dikenakan sebarang beban. Julat kelajuan yang biasa adalah antara 600 rpm hingga 850 rpm. Nilai sebenar kelajuan melahu ditentukan oleh spesifikasi enjin. |
idle limiter | pengehad melahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang mengawal kekayaan maksimum bagi campuran melahu dalam karburetor. |
curb idle speed | kelajuan melahu kerb | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kelajuan enjin dalam keadaan melahu rendah seperti ditentukan oleh syarikat pembuat kenderaan. Kelajuan ini bergantung kepada jenis sistem penghantaran yang dipasang pada kenderaan. Sistem penghantaran manual diukur pada kedudukan neutral, manakala sistem penghantaran automatik diukur pada kedudukan pandu. |
idle | melahu | Mekanik | Gunaan | Bekerja tanpa memberi kesan terhadap hasil yang diperoleh daripada kerja keseluruhan. Lihat juga kapi melahu, gear pemelahu. |
idle mixture | campuran melahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Campuran udara-bahan api yang dibekalkan ke enjin semasa dalam keadaan melahu. Campuran ini lebih daripada campuran operasi normal dan juga campuran stokiometrik. |
idle mixture | campuran melahu | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Campuran udara-bahan api yang dibekal ke dalam kebuk pembakaran semasa enjin melahu. |
idle mixture | campuran melahu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Campuran udara-bahan api yang dibekalkan ke dalam kebuk pembakaran semasa enjin melahu. |
idle solenoid | solenoid melahu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pelocok yang beroperasi secara elektrik, yang digunakan untuk menentukan kedudukan awal pendikit pada laju melahu. |
idle system | sistem melahu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Saluran di dalam karburetor,yang membolehkan bahan api mengalir melaluinya semasa enjin dalam keadaan melahu. |