Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.car.kan] | ملنچرکن

Definisi : 1. memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicin­kan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb per­gerakan yg terlalu cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.car.kan] | ملنچرکن

Definisi : 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catapultlastikSukanTiadaAlat untuk melancarkan pesawat terbang dari atas dek pada kelajuan terbang.
launch padpelantar pelancarAeroangkasaTiadaPelantar tempat melancarkan pesawat.
laxativelaksatifPerubatanTiadaKumpulan ubat yang membantu melancarkan pembuangan air besar dengan pelbagai mekanisme terutamanya dengan mengurangkan kepejalan najis. Ubat ini digunakan untuk mengatasi masalah sembelit dan untuk mengosongkan usus sebelum pembedahan atau penyiasatan radiologi. Penggunaan ubat yang berlebihan akan menyebabkan cirit-birit. Contoh ubat ialah Laktulose, minyak parafin dan Bisacodyl.
script virusvirus skripTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang menyalahgunakan keupayaan pemprosesan skrip yang ada pada sesetengah perisian dan sistem pengendalian untuk melancarkan kod hasad pada komputer yang disasarkan. Virus skrip biasanya disebarkan sebagai lampiran e-mel tau skrip ActiveX pada laman web html. Pengguna sebenar akan tertarik untuk membuka fail atau menekan pautan web yang kan melancarkan fail skrip ini. Kandungan arahan dalam skrip akan diproses oleh perisian pembaca dan menyebarkan kod hasad. Contoh virus skrip ialah LoveBug dan Melissa.
market skimmingtarah pasaranPentadbiranTiadaTaktik pemasaran yang melancarkan jenama atau keluaran baharu dengan harga tinggi untuk sesuatu petak pasaran yang tertarik dengan niali membayar pada harga tinggi.
projection velocityhalaju pelepasanSains SukanBiomekanikHalaju untuk melancarkan pergerakan projektil. Lihat juga projektil.
milmilKejuruteraanTiadaUnit pengukuran sudut yang digunakan semasa melancarkan bom atau peluru berpandu.
insurgentpemberontakSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau kelompok yang melancarkan penentangan secara kekerasan dan di luar batas undang-undang terhadap autoriti atau kerajaan yang sah. Tindakan ini biasanya mendapat sokongan daripada kelompok lain yang berkongsi kepentingan atau sentimen yang sama. Tindakan ini dilakukan untuk mendapat kuasa politik atau kerana sesuatu ideologi, faktor perkauman atau sokongan daripada kuasa luar. Secara tidak langsung, pemberontakan ini boleh membahayakan kedudukan pemerintah, keselamatan awam dan negara. Contohnya, kumpulan Abu Sayaf yang bergerak di Selatan Filipina yang sering melakukan penculikan dan pembunuhan.
feeder deviceperanti penyuapKejuruteraan AutomotifTiadaAlat yang mempunyai bebola untuk melancarkan penghantaran kepingan logam.
floor assistantpembantu studioKomunikasiTiadaPetugas yang bertanggungjawab membantu pengurus studio melancarkan kerja-kerja rakaman di dalam studio rakaman atau penggambaran.
12345678

Kembali ke atas