supranationalism | supranasionalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat nasionalisme yang melangkaui sehingga luar kawasan negara asal. Semangat nasionalisme biasanya bersifat kecintaan rakyat terhadap negaranya sahaja, namun dalam konteks supranasionalisme, semangat itu mencapai hingga ke peringkat luar wilayah sama ada wilayah bekas penjajahnya atau wilayah yang berdekatan dengan negaranya. Contohnya, nasionalisme rakyat India tidak terbatas kepada pembinaan identiti dan cinta kepada negaranya tetapi menjangkau kepada benua kecil India seperti Nepal, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya. |
sastera serantau | sastera serantau | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang melangkaui sempadan politik beberapa buah negara berhampiran dan memiliki identiti budaya yang dikongsi bersama. |
over a third | lampau kawasan | Sukan | Tiada | Hantaran bola yang melangkaui dua suku kawasan tanpa disentuh oleh pemain. |
decadent | decadent | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan kumpulan pengarang yang mempercayai bahawa ciptaan manusia melangkaui kenikmatan berbanding mengetengahkan nilai logik, moral dan etik. Gerakan ini wujud pada penghujung abad ke -19 di Eropah. |
overhead bridge | jejambat | Alam Bina | Tiada | Jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui jalan lain seperti jambatan. |
international relations | hubungan antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Interaksi antara negara dalam sistem antarabangsa, iaitu hubungan yang berlaku melangkaui sempadan negara. Penekanan diberikan terhadap hubungan antara negara walaupun terdapat juga aktor lain seperti pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional dan kumpulan berkepentingan transnasional yang memainkan peranan yang penting dalam sistem antarabangsa. Hubungan antarabangsa sebagai satu disiplin ilmu pula ialah pengajian tentang interaksi antara negara dan dalam kalangan negara atau sistem antarabangsa secara keseluruhannya. Disiplin ini dianggap sebagai bidang multidisiplin kerana melihat kepada aspek antarabangsa dalam politik, ekonomi, sejarah, undang-undang dan sosiologi. Selain teori hubungan antarabangsa, subbidang lain dalam disiplin ini ialah ekonomi politik antarabangsa, organisasi antarabangsa, dasar luar, pengajian strategik dan penyelidikan keamanan |
dimmerfohn | dimerfohn | Sains | Hidrometeorologi | Suatu bentuk fohn luar biasa. Semasa angin bahagian atas bertiup kencang dari selatan, suatu perbezaan tekanan sebanyak 12 mb atau lebih wujud di antara sisi selatan dan sisi utara Banjaran Alps. Ribut angin fohn kemudiannya melangkaui lurah atas dicerun utara, sampai ke tanah di bahagian bawah cerun dan masuk ke kawasan hadapan sebagai angin kencang. Dinding fohn dan kawasan kerpasan menganjur melewati puncak dan melebar melawati puncak dan melebar merentasi kawasan permukaan yang hampir tenang di lembah atas. |
horror story | cerita seram | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis �neraka�. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria. |
castling | pengetiran | Sukan | Tiada | Teknik gerakan dalam permainan catur yang melibatkan dua buah catur, iaitu raja dan tir. Pengetiran berlaku apabila raja dan tir digerakkan secara serentak. Raja akan bergerak sebanyak dua petak ke arah salah satu tir pada baris pertama papan catur dan tir tersebut akan melangkaui raja dan menetap bersebelahan dengannya. |