Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.kat.kan] | ملکتکن

Definisi : 1. menjadikan melekat, menam­palkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-­barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pan­dangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat.kan] | ملکتکن

Definisi : 1 menjadikan sesuatu melekat pd; menempelkan: Ia sedang ~ gambar-gambar itu pd dinding. 2 mengenakan pakaian; memakai: Bapanya ~ baju tebal lalu pergi. 3 mengenakan pukulan; memukulkan (tangan, kaki dsb): Kerana terlalu marah, ia ~ tangannya pd anaknya. 4 menanam modal dlm perusahaan atau membeli barang-barang berharga: Wangnya dilekatkannya pd tanah getah. 5 menumpukan atau menghalakan perhatian atau pandangan: Dia ~ pandangannya pd gadis yg berbaju biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melekatkan

Peribahasa

Meletakkan (= melekatkan) api di bubungan (di bumbung).

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
propeller hubhab bebalingKejuruteraan Kapal TerbangTiadaBahagian tengah bebaling yang menjadi tempat untuk melekatkan bilah pada bebaling. Bahagian ini juga melekatkan bebaling ke enjin.
setting the collarmelekatkan kolarPentadbiran PerniagaanTiadaProses mencantumkan kolar dengan bahagian leher baju.
pembingkaianpembingkaianKesenianTiadaProses melekatkan rotan jenis besar yang telah dibelah dua di tepi seraung yang berfungsi sebagai bingkai.
esophagofundopexyesofagofundopeksiPerubatanTiadaPembedahan melekatkan fundus perut pada esofagus.
marouflagemaruflajKesenianTiadaProses melekatkan kanvas ke dinding dengan perekat.
cementationpenyimenanPergigianTiadaProsedur melekatkan bahan restorasi seperti komposit, akrilik atau porselin kepada struktur gigi dengan menggunakan simen pergigian. Sebelum restorasi disimenkan permukaan gigi dibersihkan, dietsa dan diletakkan bahan agen pengikat.
laminatorpelaminaPendidikanTiadaAlat untuk melekatkan plastik lapik dokumen yang diawet.
arthrodesisartrodesisPerubatanTiadaPembedahan untuk melekatkan sendi dengan mencantumkan permukaan tulang sendi pencantuman, supaya sendi tersebut tidak dapat digerakkan. Ini juga disebut ankilosis tiruan. Sin: artrodesia
pukulpukulKesenianSeni BatikProses melekatkan campuran lilin cair pada kain dengan menggunakan sarang. memukul, menerap.
mematerimemateriKesenianSeni BatikProses melekatkan kepingan zink isi arang yang telah dibentuk dengan menggunakan timah sebagai bahan perekat, asid dan alat-alat memateri yang lain.
12345678910

Kembali ke atas