readthrough | pembacaan terus | Biologi | Genetik | 1. Transkripsi yang melepasi sesuatu jujukan terminator dalam DNA kerana kesilapan RNA polimerase untuk mengenali isyarat penamatan atau penceraian sementara faktor penamatan (seperti rho dalam bakteria) daripada jujukan penamatan. 2. Terjemahan yang melepasi kodon penamatan rantai (pemberhentian) sesuatu mRNA seperti dilakukan oleh tRNA supersor tak bererti. |
benchmark test | uji tanda aras | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses menilai sesuatu perisian/perkakasan sama ada melepasi aras keupayaan minimum yang ditetapkan atau mengatasi prestasi perisian/perkakasan yang lain. Misalnya keupayaan komputer diuji sama ada mampu melepasi tanda aras ‘pemprosesan 24 jam terus menerus tanpa penyaman udara’. |
tunneling current | arus penerowongan | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Sejenis arus yang berlaku apabila nisbah ketumpatan arus melepasi sawar yang dibahagi dengan ketumpatan arus tuju tersebut yang bernilai bukan 0 (sawar ultranipis dan elektron yang mencukupi), maka elektron tersebut berjaya melepasi sawar. dengan Io = arus tuju, It = arus sawar, E = tenaga dan V = tenaga keupayaan. |
grader | penggred | Perikanan | Akuakultur | Alat yang digunakan untuk mengelaskan ikan mengikut saiz tertentu. Alat ini berbentuk seperti jaring yang berlubang dan diperbuat daripada plastik, besi, aluminium atau netlon. Ikan yang tidak dapat melepasi lubang akan dipisahkan daripada ikan yang dapat melepasi lubang. |
plume | plum | Kejuruteraan | Tiada | 2. Salji yang ditiup melepasi puncak gunung. |
penetration | penembusan | Teknologi Maklumat | Tiada | Tindakan yang berjaya melepasi mekanisma keselamatan sistem. |
overhead structure | struktur atas | Landskap | Tiada | Binaan yang melepasi ketinggian manusia yang digunakan untuk berlindung daripada hujan dan matahari sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Contohnya, bumbung, atap, pergola, punjung dan sebagainya. |
breakthrough | bulus | Sejarah | Tiada | Tindakan atau perbuatan menerobos atau melepasi sesuatu halangan, sekatan atau pemeriksaan. |
throughput | jumlah lepas | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kuantiti bahan yang melepasi loji pada masa atau keadaan tertentu. |
flyby | lintas terbang | Aeroangkasa | Tiada | Penerbangan di angkasa yang melepasi jasad samawi tanpa mengorbit. |