rayonnism | rayonisme | Kesenian | Tiada | Stail kiubisme yang melihatkan pancaran cahaya warna pada sesuatu bentuk. |
Individual Rifle Championship | Kejohanan Refal Perseorangan | Sukan | Tiada | Acara individu yang melihatkan kemahiran penembak menggunakan pelbagai teknik refal, yang di dalamnya terdapat pelbagai acara yang perlu disertai, pada sukan menembak. |
quadrant method | kaedah sukuan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah yang digunakan dalam ekskavasi. Contohnya pada petak ekskavasi A3 dengan keluasan sekitar 200 sentimeter x 200 sentimeter tidak akan digali keseluruhannya tetapi hanya melihatkan 100 sentimeter x 100 sentimeter sahaja. Maka kaedah ini dikenali dengan nama kuadran A, B, C atau D (mengikut arah mata angin) petak A3. Kaedah ini juga sesuai digunakan pada petak ekskavasi yang berada di pinggir bukit atau tanah tinggi (permukaan tanah yang tidak rata). |
algebra | algebra | Matematik | Tiada | 1. Kaedah untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol, biasanya huruf untuk sebarang kuantiti yang tidak diketahui. 2. Kajian tentang pemanipulasian formal persamaan yang melibatkan simbol dan nombor. 3. Sistem matematik yang abstrak yang melihatkan operasi dedua ke atas unsur-unsurnya, iaitu dua unsur yang bergabung untuk menghasilkan unsur yang ketiga. 4. Cabang matematik yang berkaitan dengan dua operasi aritmetik, iaitu penambahan dan pendaraban, dan kemudiannya diperluas kepada huruf atau simbol yang mewakili nombor yang berasaskan buku “Ilm-al-jabr wa’l muqabalah” tulisan Muhammad ibni Musa al-Khowarizmi dalam abad ke-9. Sinonim aljabar. |