Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ling.kar] | مليڠکر

Definisi : 1. dlm keadaan berlingkar (ber­gelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ling.kar] | مليڠکر

Definisi : 1 membentuk atau membuat lingkar (drpd sesuatu); menggelung: ~ dawai; ~ rotan. 2 menyulur dsb berbelit-belit; melilit: Seekor ular lidi ~ di lehernya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lingkar
Kata Terbitan : berlingkar, melingkar, melingkari, melingkarkan, terlingkar, lingkaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
circular distributiontaburan melingkarMatematikTiadaTiada
circular triadtriad melingkarMatematikTiadaTiada
noncircular statisticsstatistik tak melingkarMatematikTiadaTiada
gelang puyuhgelang puyuhKesenianTiadaMotif tembikar berunsur geometri berbentuk garis timbul yang melingkar bahagian leher atau badan tembikar.
ukiran akar(Ib.)ukiran akar(Ib.)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk akar melingkar-lingkar.
fresnel lightlampu fresnelKesenianDrama dan TeaterSejenis lampu bergantung yang mempunyai kanta berbentuk melingkar dalam sistem pencahayaan teater yang boleh disesuaikan tebaran cahayanya daripada limpahan luas kepada tumpuan terpusat.
gelung kelindu(Ib.)gelung kelindu(Ib.)KesenianTiadaGelung yang berbentuk pucuk paku kelindu yang hujungnya melingkar. gelung kelindang.
gelung kelindang(Ib.)gelung kelindang(Ib.)KesenianTiadaGelung yang berbentuk pucuk paku kelindu yang hujungnya melingkar.
cochleakokleaVeterinarPraklinikalStruktur dalam telinga berbentuk seperti cangkerang siput yang berisi bendalir. Koklea terdiri daripada tiub tulang berpilin yang melingkar mengelilingi modiolus dan duktus koklea. Duktus koklea terletak di antara skala timpani dengan skala vestibuli. Skala timpani dipenuhi perilimfa sementara skala vestibuli dipenuhi endolimfa. Organ Corti dengan sel rambut derianya terletak dalam duktus koklea. Organ Corti berfungsi untuk mengesan impuls tekanan dan menukarkannya kepada impuls elektrik yang dialirkan melalui saraf auditori ke otak.
foliose coralkarang foliosSains MarinTiadaKarang yang berbentuk lembaran yang menonjol pada dasar terumbu, berukuran kecil dan membentuk lipatan melingkar umpama kelopak.
12

Kembali ke atas