nuclear precession | peliukan nukleus | Kimia | Kimia Analisis | Proses pergerakan nukleus secara meliuk pada arah yang sama apabila dikenakan kilas kepada momen magnet oleh medan magnet pada sebarang sudut momen. |
convulsive | berkonvulsi | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan paroksisma kejutan otot yang tidak terkawal menjadikan pesakit meliuk-liuk tanpa tujuan |
coning | kekonan | Aeroangkasa | Tiada | 1. Kekonan: Ketakstabilan pesawat pelancar dalam pergerakan anggul dan rewang yang menyebabkan ia meliuk pada paksi guling mengikut arah penerbangan. |
gyroscope | giroskop | Mekanik | Gunaan | Rotor yang mejam di sekitar paksi simetrinya pada kadar yang sangat tinggi, dan meliuk dis sekitar paksi tegak pada kadar yang jauh lebih rendah. Istilah ‘giro’ sering digunakan untuk giroskop. Lihat juga kesan giroskop. |
invariable plane | satah tak boleh ubah | Mekanik | Gunaan | Satah yang mengandungi hujung vektor halaju sudut apabila jasad meliuk di ruang dengan momen sifar di sekitar pusat jisimnya, sambil mejam di sekitar paksi simetrinya. Hujung vektor halaju tersebut sentiasa berada pada satah yang berkenaan. Satah tak boleh ubah normal terhadap garis tindakan vektor momentum sudut malar (yang dinamai garis tak boleh ubah). |
precessional torque | tork liukan | Fizik | Mekanik | Tork yang dikenakan pada suatu jasad yang berputar dan menyebabkan jasad tersebut meliuk. |
sleeping top | gasing ligat | Fizik | Mekanik | Gasing yang berputar tegak dengan halaju sudut malar di sekitar paksinya, dan tidak meliuk ataupun membuat nutasi. |
polhode | polhod | Mekanik | Gunaan | Laluan yang dibentuk oleh hujung vektor halaju sudut pada elipsoid Poinsot apabila jasad yang mejam di sekitar paksi simetrinya meliuk di ruang dengan momen sifar di sekitar pusat jisimnya. Lihat juga elipsoid Poinsot. |
precession angular velocity | halaju sudut liukan | Fizik | Mekanik | Halaju sudut yang timbul apabila tork dikenakan kepada jasad yang berputar. Sebagai contoh, suatu gasing yang meliuk dengan momentum sudut L, dapat diungkapkan sebagai mgr w = �� L (w = halaju sudut liukan, mg = berat gasing, dan r = jarak paksi dengan pusat jisim gasing) RUJUK RAJAH M.S. 31 |
herpolhode | herpolhod | Mekanik | Gunaan | Laluan yang dibentuk oleh hujung vektor halaju sudut pada satah tak boleh ubah, apabila jasad yang mejam di sekitar paksi simetrinya meliuk di ruang dengan momen sifar di sekitar pusat jisimnya. Lihat juga satah tak boleh ubah. |