Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.luas] | ملواس

Definisi : menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak: penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah; perkembangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.luas] | ملواس

Definisi : menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nacreous cloudsawan nakteusMeteorologiMeteorologi PerhubunganAwan stratosfera nadir yang selalunya terjadi di Norway dan Scotland pada musim sejuk, apabila berlaku aliran barat/barat laut yang kuat dan meluas (lekukan meluas di Scandinavia Utara). Awan ini berbentuk seperti kanta, berstruktur lemah dan menunjukkan pendariris terang pada jarak sudut sehingga lebih kurang 40� dari kedudukan matahari. Warna awan ini sangat terang sejurus selepas matahari terbenam (atau sebelum matahari terbit) dan terus berkeadaan seperti itu untuk beberapa ketika selepas matahari terbenam. Min ketinggian awan mengikut ukuran C. Stormer ini ialah 24 km. Awan ini tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja; hakikat ini, bersama dengan kejadiannya, kuat membayangkan bahawa awan ini merupakan golongan awan gelombang gunung. Sifat zarahnya tidak diketahui tetapi kesan optik yang berkaitan membayangkan belauan oleh zarah bulat bergaris pusat kurang daripada 250 m. Awan ini induk mutiara.
nacreous cloudsawan nakreusSainsHidrometeorologiSejenis awan stratosfera yang nadir dan selalunya terjadi di Norway dan Scotland pada musim sejuk apabila berlaku aliran barat-barat laut yang kuat dan meluas (lekukan meluas di Scandinavia utara). Awan ini berbentuk seperti kanta, berstruktur lemah dan menunjukkan pendariris terang pada jarak sudut sehingga lebih kurang 40� dari kedudukan matahari. Warna awan ini sangat terang sejurus selepas matahari terbenam (atau sebelum matahari terbit) dan terus berkeadaan seperti itu untuk beberapa ketika selepas matahari terbenam. Min ukuran ketinggian. Stormer awan ini ialah 24 km. Awan ini tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja; hakikat ini, bersama dengan kejadiannya, kuat membayangkan bahawa awan ini merupakan golongan awan gelombang gunung. Sifat zarahnya tidak diketahui tetapi kesan optik yang berkaitan membayangkan belauan oleh zarah bulat bergaris pusat kurang daripada 250 mm. Awan ini juga diistilahkan sebagai awan induk mutiara.
extensive farmingperladangan meluasPertanianAgroteknologiSistem perladangan yang menggunakan input seperti buruh, baja, air, dan modal yang rendah berbanding dengan keluasan tanah yang diusahakan. Kebanyakan perladangan meluas diamalkan di negara yang mempunyai tanah yang luas berbanding dengan bilangan penduduk seperti di Australia, Mongolia dan Amerika. Disebabkan kekurangan sumber air, jenis pertanian yang diusahakan ialah penternakan lembu atau kambing yang menggunakan rumput yang tumbuh secara semulajadi. Bilangan ternakan berbanding dengan luas tanah adalah amat rendah. Contohnya, seekor biri-biri bagi satu kilometer persegi. Kadangkala, penternak berpindah-pindah membawa ternakan ke tempat yang banyak rumput mengikut musim.
overviewtinjauan meluasGeografiTiadaTiada
extensive subjectsubjek meluasKomunikasi MassaTiadaTiada
widespread rainhujan meluasGeografiTiadaTiada
extension readingbacaan meluasPendidikanTiadaTiada
extensive studykajian meluasPendidikanTiadaTiada
expansive classificationpengelasan meluasPerpustakaanTiadaTiada
extensive quantitykuantiti meluasGeologiTiadaKuantiti termodinamik, seperti isi padu dan jisim, yang bergantung pada kuantiti jumlah jirim dalam sistem.
12345678910...

Kembali ke atas