Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.cut.kan] | ملوچوتکن

Definisi : 1. melenyapkan, menghilangkan; 2. membencanakan, mencelakakan; lucup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.cut.kan] | ملوچوتکن

Definisi : 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.cut.kan] | ملوچوتکن

Definisi : 1 menanggalkan (pakaian, perhiasan dll); melepaskan (tali, ikatan dll): Ahmad ~ pakaiannya sebelum terjun ke dlm sungai. 2 menarik balik (pangkat, kuasa dll); menghentikan: ~ jawatan menghentikan seseorang drpd sesuatu jawatan; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lucut
Kata Terbitan : melucut, melucutkan, terlucut,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stripping cablemelucutkan kabelSosiologiTiadaProses menanggalkan penebat pada kabel.
disqualificationperlucutan kelayakanSejarahTiadaPerihal melucutkan sesuatu hak atau kelayakan seseorang atau kesalahan yang dilakukan.
disfranchiselucutkan hak undiSejarahTiadaPerbuatan melucutkan hak-hak kewarganegaraan misalnya hak mengundi.
disfranchisementperlucutan hak undiSejarahTiadaPerihal melucutkan hak-hak kewarganegaraan seseorang misalnya hak mengundi.
musharakah muntahiyah bi tamlikperkongsian berakhir pemilikanPerniagaan IslamTiadaPemunyaan bersama apabila salah satu pihak bersetuju melucutkan hak perkongsiannya kepada rakan kongsi melalui penjualan milik, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran mengikut syarat yang dipersetujui. Contohnya, pembiayaan awal perumahan oleh institusi kewangan sebanyak 90 peratus dan pelanggan sebanyak 10 peratus, berakhir dengan pemilikan 100 peratus oleh pelanggan mengikut syarat yang dipersetujui. Sinonim musharakah mutanaqisah.
hook-wall packerpenyendat cangkuk dindingKejuruteraanTiadaSejenis penyendat yang dilengkapi dengan blok geseran dan gelincir supaya putaran paip akan melucutkan gelincir, juga dikenali sebagai wall-hook packer.
UART (universal asynchronous receiver transmitter)UART (penerima penghantar tak segerak sejagat)Teknologi MaklumatTiadaLitar elektronik untuk port bersiri yang menukarkan data selari daripada CPU ke bit bersiri untuk penghantaran dan sebaliknya. Litar ini juga menjana dan melucutkan bit mula dan bit henti yang disambung kepada setiap aksara. Banding USRT (universal synchronous receiver transmitter)
consolidation (power)pengukuhan (kuasa)Sains PolitikPolitik PerbandinganAksi atau proses yang diambiI oleh pemimpin bagi memantapkan penguasaannya dalam pentadbiran atau pemerintahan. Tindakan ini diambil ekoran daripada kewujudan ancaman atau saingan terhadap kedudukan atau penguasaannya. Bagi menghalang ancaman tersebut, beberapa langkah pengukuhan dilakukan. Antaranya melalui pindaan atau penggubalan undang-undang seperti mewajibkan parti politik memohon permit berkempen, menghalang penerbitan sebarang media cetak selain media pemerintah, melucutkan jawatan individu yang mengancam kedudukan dan mengehadkan kebebasan berpolitik di negara tersebut. Namun begitu, terdapat juga proses pengukuhan yang bersifat positif seperti perubahan struktural dalaman sesebuah organisasi. Contohnya, kewujudan beberapa kementerian baru yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas memenangi Pilihan raya 2004.
hermeticismhermetisismeKesusasteraanTiadaPuisi dan korpus penulisan Barat yang menggunakan simbolisme ilmu ghaib dan keajaiban ini berpunca daripada tradisi Yunani. Istilah ini berasal daripada nama Hermes Trismegistus, tokoh yang disamakan dengan dewa Yunani yang bernama Hermes. Ajaran Hermes dianggap sebagai punca kepada penghasilan korpus penulisan dan doktrin mistik yang wujud pada Zaman pertengahan dan Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Puisi hermetik terbitan daripada hermetisisme biasanya mengandungi butir-butir metafizik yang sukar difahami. Maknanya seolah-olah tertutup rapat oleh kod rahsia simbolik, dan bahasa serta imejannya amat subjektif. Kesan �muzik� dan kuasa sugestif kata-kata, sama penting dengan maknanya. Fungsinya adalah untuk melucutkan makna logik daripada kata-kata. Hal ini meningkatkan kesan kesepian dan kesan dramatik dalam puisi. Oleh itu, puisi hermetik menimbulkan kuasa simbolik dan esoterik di sebalik kata-kata. Estetika yang bersifat subjektif ini mengelakkan unsur-unsur struktur yang biasa seperti naratif

Kembali ke atas