cogeneration | kojana | Kejuruteraan | Tiada | Operasi memanfaatkan haba sisa daripada sesuatu proses untuk digunakan dalam proses yang lain, misalnya haba sisa penjanaan digunakan untuk penjernihan minyak. |
pluralism | pluralisme | Kesusasteraan | Tiada | Konsep amalan yang memanfaatkan pendekatan yang pelbagai. Pemajmukan pendekatan ini bertolak daripada pandangan umum yang menganggap bahawa tiada teori yang dapat memberi semua jawapan, justeru pengkritik memerlukan gabungan pelbagai pendekatan. Konsep pemajmukan ini digunakan dalam sebarang disiplin teori seperti dalam ilmu linguistik kritikan kesusasteraan. Menurut Leech dan Short, pendekatan pemajmukan merupakan suatu kompromi kepada pandangan yang mengutamakan penggunaan satu teori sahaja. |
teaching frame | bidang mengajar | Pendidikan | Tiada | Bidang yang memanfaatkan pelajar dengan pengetahuan baru atau membantunya menyusun semula pengetahuan yang sedia ada dalam pengajaran terancang. |
lyrical novel | novel lirik | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang memanfaatkan ciri-ciri sebuah novel biasa dan ciri-ciri puisi lirik. Penulisan novel lirik berlegar pada emosi dan psikologi watak berbanding pembinaan plot seperti yang biasa ditemui dalam novel konvensional. Novel ini lebih menekankan puisi lirik yang menyentuh perasaan penulis tentang sesuatu perkara dan pemaparannya melalui imejan. Contoh sastera Indonesia ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG. Lihat juga imejan, lirik, novel. |
blue economy | ekonomi biru | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang memanfaatkan sumber laut dan pesisir secara optimum dengan meminimumkan pencemaran, pembaziran dan kemerosotan ekosistem marin. |
orange economy | ekonomi jingga | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang memanfaatkan sumber kreatif, seni dan budaya secara optimum dengan meminimumkan pembaziran sumber, menggalakkan inovasi serta memelihara warisan budaya. |
disruptive megatrend | trend mega pengganggu | Ekonomi | Tiada | Proses dalam memanfaatkan gangguan terhadap corak global yang meluas dan berkaitan dengan tingkah laku, mobiliti dan persekitaran. Contohnya, seperti pendigitalan, kesihatan, pertumbuhan penduduk dan pembandaran. |
weekend warrior | wira hujung minggu | Umum | Tiada | Seseorang yang memanfaatkan waktu hujung minggu untuk melakukan aktiviti yang lasak dan mencabar setelah bekerja sepanjang minggu di pejabat. |
freegan | pengamal antibazir | Kimia | Tiada | Seseorang yang memilih untuk memanfaatkan semula sumber yang dibuang, seperti makanan atau barangan bagi mengurangkan pembaziran dan kesan terhadap alam sekitar. |
rule of thumb learning | pembelajaran lazim | Pendidikan | Tiada | Pembelajaran yang memanfaatkan pengalaman dan kelaziman bagi menyelesaikan sesuatu masalah. |