lyase | liase | Herba | Fitokimia | Enzim yang memangkinkan pembelahan pelbagai ikatan kimia yang berlaku bukan secara hidrolisis dan pengoksidaan untuk menghasilkan ikatan ganda yang baru ataupun struktur gelang. Contohnya, enzim yang memangkinkan pengubahan ATP kepada cAMP dan PP, dan aspartase memangkinkan penyingkiran ammonia daripada asid aspartik kepada asid kumarik. |
xanthine oxidase | oksidase xantina | Herba | Fitokimia | Enzim yang memangkinkan pengoksidaan hipoxantina kepada xantina dan seterusnya memangkinkan pengoksidaan xantina kepada asid urik. Oksidase xantina biasanya dijumpai dalam hati dan susu. |
ligase | ligase | Sains Forensik | Tiada | Enzim yang memangkinkan percantuman dua molekul. Contohnya, enzim ligase DNA yang memangkinkan percantuman dua segmen DNA digunakan dalam tindak balas rantai ligase (LCR) dalam pemprofilan polimorfisme nukleotida tunggal (SNP) bagi genetik forensik. |
transpeptidase | transpeptidase | Farmasi | Tiada | Enzim yang memangkinkan ikatan silang bagi polimer peptidoglikan dalam dinding sel bakteria. Enzim ini memangkinkan pembelahan ikatan peptida untuk menghasilkan satu asid amino dan membentuk semula dengan asid amino lain. |
isomerase | isomerase | Herba | Fitokimia | Kumpulan enzim yang memangkinkan pelbagai jenis tindak balas pengisomeran. Contohnya, D-glukosa ketoisomerase memangkinkan tindak balas pengisomeran D-glukosa kepada fruktosa. |
oxidoreductase | oksidoreduktase | Herba | Fitokimia | Kumpulan enzim yang memangkinkan tindak balas pengoksidaan dan penurunan yang melibatkan pemindahan elektron (ion hidrida atau atom hidrogen). Kumpulan enzim ini boleh dibahagikan kepada dehidrogenase dan oksidase. Kebanyakan enzim ini memerlukan ko-faktor seperti NAD+, FAD dan sitokrom. Contohnya, alkohol dehidrogenase ialah enzim NAD+ oksidoreduktase yang memangkinkan pengoksidaan etanol kepada etanal. |
enzyme activity unit | unit aktiviti enzim | Bioteknologi | Tiada | Nilai ukuran kekuatan enzim yang disediakan untuk memangkinkan tindak balas tertentu. Nilai ini mungkin dinyatakan sebagai bilangan mol substrat yang diubah atau bilangan mol hasil yang terbentuk. Dengan yang demikian nilai ini bersamaan dengan jumlah enzim yang diperlukan untuk memangkinkan satu perubahan substrat kepada hasil dalam jangka masa dan keadaan tertentu. |
carboxylase | karboksilase | Perubatan | Tiada | Enzim yang memangkinkan tindak balas pengeluaran karbon dioksida daripada kumpulan karboksil asid alfa keto. |
chitinase | kitinase | Perubatan | Tiada | Enzim yang memangkinkan hidrolisis kitin kepada asetilglukosamina. |
desoxyribonuclease | desoksiribonuklease | Perubatan | Tiada | Enzim yang memangkinkan hidrolisis DNA. |