Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : 1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yg sama): keuntungan itu dibahagi dua; 2. memecahkan dan memberikan kpd: hasil kutipan itu dibahagi rata kpd rumah-rumah anak yatim piatu; 3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dgn sesuatu bilangan atau angka lain: lapan dibahagi empat; ~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yg terdapat di dlm angka lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : 1 memecah kpd beberapa belahan. 2 membuat kira-kira bahagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membahagi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
CoenocyteSinositPertanianAgronomi

Sel yang mengandungi nukleus berganda. Sinosit terjadi daripada sel biasa apabila nukleus sel membahagi tetapi sel tidak membahagi. Sinosit juga boleh terbentuk apabila beberapa sel beragregat dan dinding sel dalam agegrat itu lebur. Sinosit biasanya terdapat pada kulat dan alga.

cell divisionpembahagian selBiologiHistologi dan SitologiProses pembiakan sel dengan cara sel itu sendiri membahagi dua, jika melalui proses mitosis atau mitosis, atau membahagi empat, jika melalui proses meiosis. Proses ini pesat berlaku pada tisu muda, tetapi apabila gentian tisu diperlukan dengan berterusan, tisu matang juga boleh membiak dengan pesat, seperti yang berlaku pada lapisan epitilium gastro-usus. pada tumbuh-tumbuhan, sitokinin yang mengawal pertumbuhan boleh merangsang proses pembiakan cara ini.
generative nucleusnukleus generatifBioteknologiTiadaNukleus yang membahagi melalui mitosis kepada dua nukleus gamet jantan yang terdapat dalam tiub debunga angiosperma yang sedang berkembang. Salah satu nukleus tersebut akan bertaup dengan sel telur lalu membentuk zigot, manakala yang satu lagi bergabung dengan dua nukleus kutub dalam kantung embrio lalu membentuk nukleus triploid yang membahagi beberapa kali untuk membentuk endosperma.
spindlegelendongBiologiHistologi dan SitologiStruktur gentian berbentuk rahat yang terdapat di antara sentriol sel-sel yang sedang membahagi dan terbentuk semasa mitosis. pada sel yang tidak memiliki sentriol, titik pertemuan gentian gelendong ini dianggap sebagai kutub. Kromatid di dalam nukleus yang sedang membahagi juga didapati melekat pada gentian gelndong ini.
dividing operationkendalian membahagiKejuruteraanTiadaTiada
dividing headturus membahagiKejuruteraanTiadaTiada
dividing cellsel membahagiKimiaTiadaTiada
division in given ratiomembahagi mengikut kadarFizikTiadaTiada
division in given ratiomembahagi mengikut kadarMatematikTiadaTiada
mechanical dividing headkepala membahagi mekanikKejuruteraanTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas