breakdown | pecah | Teknik | Elektrik | Keadaan penebatan yang tidak lagi berupaya membanteras arus (hilang keupayaan penebatannya) disebabkan pengaliran arus yang tinggi dan mendadak melebihi had kemampuan kabel itu. Perkara ini biasanya berlaku pada penebat kabel atau penebat perkakas elektrik. |
tinkerbell program | atur cara tinkerbell | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian pemantauan yang digunakan oleh pentadbir sistem untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer atau membanteras penyalahgunaan identiti pengguna. Perisian ini akan memberi amaran kepada pentadbir sistem apabila sambungan ke rangkaian tersebut cuba dilakukan daripada lokasi tertentu atau lokasi yang tidak diketahui. Amaran aman diberikan setiap kali sistem cuba dicapai dengan menggunakan ID tertentu. Contohnya, perisian ini akan bertindak menghubungi pentadbir sistem apabila terdapat percubaan mencapai sistem menggunakan ID dan kata laluan ketua organisasi, atau ID yang berkeistimewaan tinggi. |
counter-terrorism | perangi keganasan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Strategi, teknik, tindakan, langkah, usaha, taktik, amalan atau inisiatif yang diambil oleh sesebuah negara, kerajaan, tentera dan penguat kuasa undang-undang dalam mengesan dan membanteras keganasan. Contohnya, penggubalan undang-undang yang bersifat pencegahan untuk mengawal selia aspek keganasan. Sinonim antikeganasan. |
agent provocateur | agen provokasi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Anggota polis rahsia yang berperanan menghasut pihak yang dicurigai supaya melakukan tindakan yang boleh disabitkan hukuman kepada mereka. Contohnya, di Perancis, agen yang terkenal ialah Francois Eugene Vidocq (1775�1857) dan Restauration (1814�1815). Restauration terkenal sebagai agen yang membanteras para pengikut Napoleon Bonaparte. |
agent provocateur | agen provokasi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Anggota polis rahsia yang berperanan menghasut pihak yang dicurigai supaya melakukan tindakan yang boleh disabitkan hukuman kepada mereka. Contohnya, di Perancis, agen yang terkenal ialah Francois Eugene Vidocq (1775�1857) dan Restauration (1814�1815). Restauration terkenal sebagai agen yang membanteras para pengikut Napoleon Bonaparte. |
programme implementation | pelaksanaan program | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara atau kaedah sesebuah program yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna. Pelaksanaan program melibatkan pematuhan prosedur bermula daripada kelulusan program sehingga ke peringkat penilaian. Selain itu, pelaksanaan program juga melibatkan penyelarasan aktiviti dan pemantauan. Proses pelaksanaan program ini melibatkan masyarakat dan pentadbir atau pelaksana program. Contohnya ‘Kempen Anti Dadah’ yang merupakan satu program mega daripada kerajaan untuk membanteras najis dadah di kalangan remaja khasnya dan masyarakat umum amnya. Justeru pelaksanaan program atau kempen ini bukan sahaja memerlukan sokongan berterusan pihak kerajaan malah sokongan dan keprihatinan masyarakat. Seandainya tidak wujud kolaborasi yang mantap di antara kerajaan dan masyarakat, sebarang bentuk program yang dilaksanakan tidak akan mencapai kejayaan. |
International Criminal Police Organization (Interpol) | Polis Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | O rganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1923, beribu pejabat di Vienna. Pada tahun 1938, organisasi ini telah dibubarkan oleh Hitler, tetapi selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1946, organisasi ini ditubuhkan semula dan beribu pejabat di Paris. Perkhidmatan utama organisasi ini adalah untuk memberi maklumat kepada lebih 140 buah negara anggotanya berkenaan dengan lokasi penjenayah antarabangsa, menganjurkan seminar berkenaan dengan penyiasatan jenayah secara saintifik dan mempermudah penangkapan penjenayah. Organisasi ini memainkan peranan yang penting dan berjaya dalam membanteras jenayah yang merangkumi penyeludupan, pemalsuan, peniruan dan perdagangan narkotik. Organisasi ini mengelak daripada terlibat dalam jenayah yang berkaitan dengan politik, ketenteraan, keagamaan dan perkauman. Sinonim Interpol. |