Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.baur.kan] | ممباءورکن

Definisi : 1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan: jangan dibaurkan tepung beras dgn tepung gandum; 2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul): tidak baik ~ laki-laki dgn perempuan begitu rupa; 3. = memperbaurkan ki mengahwinkan: orang tuanya hendak ~ dia dgn sepupunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.baur.kan] | ممباءورکن

Definisi : 1 menjadikan berbaur; mencampuradukkan: Dia sedang ~ ketiga-tiga jenis gas itu dlm sebuah kelalang. 2 membiarkan bergaul (bercampur): Kegiatan kebudayaan spt itu dpt ~ masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 3 mengahwinkan; menikahkan: Ayahnya telah ~ dia dgn seorang doktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membaurkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blenderberus kipasKesenianSeni RekaBerus berbentuk kipas yang digunakan untuk membaurkan dua atau lebih warna pada bahagian-bahagian tertentu dalam lukisan.
gaseous diffusion processproses pembauran gasFizikAtom dan NuklearKaedah untuk mengasingkan isotop daripada campuran isotop dalam bentuk gas dengan cara membaurkan gas menerusi dinding poros. Molekul yang ringan akan lebih mudah merentasi dinding ini jika dibandingkan dengan molekul yang berat.
colour filterturas warnaKomunikasiTiadaKepingan gelas atau gelatin berwarna yang diletakkan di hadapan kanta kamera untuk menyerap sebahagian daripada spektrum cahaya, membetulkan keseimbangan warna atau membaurkan cahaya. Turas ini boleh membuatkan imej kelihatan berwarna merah, biru dan warna-warna yang lain.

Kembali ke atas