trachea/tracheal | trakea | Biologi | Entomologi | Tiub udara yang bercabang-cabang untuk membawa masuk oksigen dan membawa keluar karbon dioksida semasa respirasi pada serangga dan artropod lain. |
current carrying capacity | keupayaan membawa arus | Sosiologi | Tiada | Ketahanan membawa arus pada suhu biasa tanpa menyebabkan berlakunya kepanasan, contohnya pada kabel. |
cardiovascular system | sistem kardiovesel | Veterinar | Praklinikal | Sistem yang terdiri daripada jantung dan vesel darah. Vesel yang membawa darah daripada jantung dikenali sebagai arteri; manakala yang membawa darah ke jantung ialah vena. Sistem arteri bermula dengan arteri besar yang bercabang menjadi arteriol kemudian menjadi kapilari. Kapilari ini bersambung dengan venul yang kemudian menjadi vena besar untuk membawa darah ke jantung. Fungsi sistem kardiovesel adalah menghantar oksigen dan nutrien ke tisu periferi dan membuang karbon dioksida serta hasil buangan ke organ perkumuhan. |
cargo tramp | kapal kargo sisir | Sukan | Tiada | Kapal yang membawa kargo tidak secara pelayaran tetap seperti membawa kargo pukal. |
carrier | pembawa | Perubatan | Tiada | 6. Individu yang membawa organisma yang menyebabkan penyakit tanpa menunjukkan tanda atau gejala.,7. Orang yang membawa trait penyakit keturunan. |
passenger car | kereta penumpang | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kereta yang menggunakan landasan kereta api untuk membawa penumpang.,2. Sebarang automobil yang digunakan untuk membawa penumpang. |
data channel | saluran data | Kejuruteraan | Tiada | Saluran komunikasi yang digunakan untuk membawa isyarat data sebagai alat komunikasi di antara dua titik (berbeza dengan saluran yang membawa isyarat pertuturan atau audio). |
private carrier | pengangkut persendirian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Syarikat pengangkutan yang mengikat kontrak untuk membawa barangan pelanggan yang tertentu. Berbeza daripada pengangkut awam yang membawa barangan untuk sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan. |
combi aircraft | pesawat udara kombi | Aeroangkasa | Tiada | Pesawat udara yang dikhaskan untuk membawa penumpang dan kargo di dalam ruang penumpang.,Pesawat udara yang dikhaskan untuk membawa penumpang dan kargo di dalam ruang penumpang. |
roof light | terowong bumbung | Kesenian | Seni Bina | Saluran yang membawa cahaya luar masuk ke dalam sesuatu ruang dengan menggunakan gelung anjal atau tiub. Terowong bumbung berbeza dengan jendela bumbung yang membawa masuk cahaya dari luar melalui bukaan panel kaca atau plastik jenis akrilik pada permukaan bumbung. |