canzona | canzona | Muzik | Tiada | I. Bentuk muzik instrumental abad ke-16 dan abad ke-17. Canzona terdiri daripada beberapa bahagian, contohnya AB dan bahagian ini boleh diulangi seperti ABBA. Tiap-tiap baris melodi dalam tekstur polifoni canzona digubah mengikut corak melodi yang seakan-akan sama. Ia membayangi genre sonata dan fuga Zaman Barok. Terdapat dua jenis canzona, iaitu canzona da sonare dan canzona keyboard. Canzona da sonare atau canzona ensembel diperkembang kepada sonata, konserto, dan karya beberapa gerakan muzik. Canzona keyboard dan ricercare diperkembang kepada fuga Zaman Barok. Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
|