Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri] | ممبري

Definisi : mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.ri] | ممبري

Definisi : 1 menyebabkan seseorang menerima sesuatu: Ia ~ anak-anaknya wang saku. 2 tidak menghalang; membenarkan: Emak tidak ~ saya bermain-main di tepi kolam itu. 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita. 4 memasangkan, melekatkan dsb sesuatu pd: Alat itu diberi bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberi

Puisi
 

Yang berlari sangat pantas,
     Yang menang sangat bertuah;
Yang memberi tangan di atas,
     Yang menerima tangan di bawah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi bunga kepada kera (monyet).

Bermaksud :

Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).

 

Lihat selanjutnya...(58)

82

Don't throw pearls to swine

Tidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.

Memberi bunga kepada kera

I know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't throw pearls to swine and do not waste your money.

Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah awak, memberi bunga kepada kera dan jangan bazirkan wang awak

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
company limited by guaranteesyarikat berhad dengan jaminanPentadbiranTiadaSyarikat yang ahlinya memberi jaminan untuk memberi sumbangan tertentu terhadap pembayaran liabiliti syarikat sekiranya berlaku pembubaran syarikat.
stretch pantsseluar memberiKesenianTiadaSeluar panjang yang diperbuat daripada fabrik kait memberi yang menampakkan bentuk badan. Pada tahun 1980-an ia popular untuk seluar jeans daripada fabrik denim memberi.
breathingpernafasan; bernafas; memberiKesenianTiada2. Memberi: Pengembangan atau pengecutan kertas atau kanvas mengikut keadaan cuaca.
comfort stretchfabrik memberi selesaKesenianTiadaIstilah fabrik memberi yang kadar keanjalannya 30% dan sesuai untuk dibuat pakaian harian.
tensioned slacksslek memberiKesenianTiadaSeluar daripada fabrik memberi dua hala.
stretch fabricfabrik memberiKesenianTiada. Yarn nilon atau poliester memberi.,. Yarn getah atau benang getah.,. Spandeks yang berbalut atau tanpa balut.,. Rawatan kimia dan mekanikal.
action wearpakaian memberiKesenianTiadaPakaian yang dibuat daripada fabrik memberi.
community libraryperpustakaan rakyatPerpustakaanTiadaPerpustakaan cawangan yang mungkin juga memberi perkhidmatan pusat atau bergerak yang berfungsi memberi nasihat dan maklumat tempatan kepada seluruh komuniti dan juga menawarkan stok buku kepada pembaca-pembaca.
stewardesspramugariAeroangkasaTiadaAnak kapal wanita yang memberi layanan dan perkhidmatan kabin kepada penumpang pesawat udara.,Anak kapal wanita yang memberi layanan dan perkhidmatan kabin kepada penumpang pesawat udara.
stewardpramugaraAeroangkasaTiadaAnak kapal lelaki yang memberi layanan dan perkhidmatan kabin kepada penumpang pesawat udara.,Anak kapal lelaki yang memberi layanan dan perkhidmatan kabin kepada penumpang pesawat udara.
12345678910...

Kembali ke atas