cultivate (to) | membiakkan; menanam | Pertanian | Tiada | Tiada |
propagate | biak; rambat | Biologi | Tiada | 1. Membanyakkan atau membiakkan, seperti pada tumbuhan. 2. Mendorong, seperti pengujaan sepanjang gentian saraf. |
culture media | medium kultur | Kimia | Tiada | Bahan yang digunakan untuk membiakkan mikroorganisma. |
apiary | apiari | Biologi | Entomologi | Kumpulan sarang lebah, atau bekas untuk menyimpan dan membiakkan lebah. |
culture medium | medium kultur | Pertanian | Agroteknologi | Bahan berbentuk agar-agar atau cecair yang mengandungi nutrien untuk membiakkan sel, mikroorganisma dan tisu tumbuhan. Kegunaan medium kultur termasuklah untuk mengkultur tisu tumbuhan sebagai satu cara membiak tanaman melalui bahagian tumbuhan seperti pucuk, batang atau daun. Selain itu, medium kultur digunakan untuk membiak bakteria bermanfaat seperti Rhizobium supaya dapat disuntik pada biji benih kekacang untuk membolehkan pengikatan nitrogen daripada udara. Medium kultur dibuat menggunakan serbuk agar-agar yang dibancuh dan ditambah dengan formulasi nutrien seperti formulasi Murasighe & Skoog untuk kegunaan kultur tisu tumbuhan. |
germ cell | sel germa | Biologi | Histologi dan Sitologi | Unsur jantan atau betina yang primitif, iaitu sel yang berfungsi membiakkan keturunan. |
heifer | heifer | Pertanian | Agroteknologi | Lembu betina muda yang berumur satu tahun atau lebih, yang belum pernah melahirkan anak. Heifer akan dikahwinkan dengan lembu jantan bagi tujuan membiakkan anak. Bagi lembu tenusu, setelah melahirkan anak dan cerai susu, heifer yang kini menjadi ibu lembu akan terus diternak untuk mendapatkan susu. Selain heifer, haiwan ternakan lembu yang biasa terdapat dalam sesebuah ladang ternakan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori seperti lembu jantan baka, anak lembu belum cerai susu, anak lembu cerai susu, anak lembu jantan dan lembu menyusu. |
artificial insemination technician | juruteknik permanian beradas | Veterinar | Tiada | Individu yang bertanggungjawab memasukkan sperma haiwan jantan ke dalam rahim haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi bertujuan untuk membiakkan haiwan ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi. |
artificial insemination technician | juruteknik permanian beradas | Veterinar | Tiada | Individu yang bertanggungjawab memasukkan sperma haiwan jantan ke dalam rahim haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi bertujuan untuk membiakkan haiwan ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi. |
artificial reproduction | pembiakan buatan | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah pembiakan tanaman dengan menggunakan bahan selain kaedah semula jadi, biasanya melalui biji benih. Pembiakan buatan termasuklah menggunakan keratan batang, kaedah tut dan kaedah cantuman tunas. Akhir-akhir ini, kaedah pembiakan mikro menjadi penting kerana dapat membiakkan tanaman daripada tisu tumbuhan dan tidak memerlukan bahan induk yang banyak. Bahan yang digunakan dalam kultur tisu termasuk secebis daun, batang atau akar. |