Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya;Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membunuh

Puisi
 

Bukan bukit saja meruntuh,
     Orang Serani meruntuh juga;
Bukan penyakit saja membunuh,
     Dendam berahi membunuh juga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merebut merampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(9)

337

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih itu roh (semangat) yang buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
killing pointhad membunuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanJumlah minimum pengawet yang biasanya digunakan dalam teknik kultur agar-agar, yang dapat membunuh semua kulat yang diuji.
anthelminticantelmintikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan menyingkirkan atau membunuh cacing di dalam tubuh. 2. Agen yang berupaya mengusir atau membunuh cacing di dalam tubuh. Contoh agen ini ialah abamektin, prazikuantel, albendazol, dietilkarbamazina, pirantel pamoat dan ivermektin. Sinonim vermisid.
antiparasiticantiparasitFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan merencat pertumbuhan, pembiakan atau membunuh parasit. 2. Agen yang merencat pertumbuhan, pembiakan atau membunuh parasit. Contohnya, antiprotozoa (primakuina, metronidazola) dan antelmintik (abamektin, prazilruantel}.
قتل عمدpembunuhan sengajaAgama IslamFiqhPembunuhan yang dilakukan dengan niat membunuh dan menggunakan alat yang pada kebiasaannya boleh membunuh.
weed killerracun rumpaiKimiaTiadaRacun perosak yang digunakan untuk membunuh tumbuh-tumbuhan yang tidak dikehendaki seperti lalang dan rumput. Racun rumpai terdapat dalam dua jenis utama, iaitu jenis berpilih seperti asid 2,4-diklorofenoksiasetik, fenol dan karbonat yang hanya membunuh rumpai tanpa merosakkan tumbuhan lain, dan jenis tak berpilih seperti ammonium sulfamat yang membunuh rumpai serta tumbuhan lain. Kebanyakan racun rumpai sangat toksik.
trypanosomicidetripanosomisidFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan keupayaan membunuh tripanosoma, iaitu protozoa dalam genus Tripanosoma yang tergolong dalam famili Trypanosomatidae. 2. Agen atau drug yang berupaya membunuh tripanosoma, terutamanya spesies parasit protozoa yang disebarkan kepada manusia oleh vektor serangga yang umumnya dijumpai di Afrika serta Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pelbagai ubatan berasaskan arsenik digunakan untuk merawat penyakit seperti African sleeping sickness yang disebabkan oleh Trypanosoma gambiense dan T. rhodesiense,dan penyakit Chagas yang disebabkan oleh T. cruzi yang biasa berlaku di benua Amerika.
justifiable homicidepembunuhan berkewajaranKriminologiKeadilan JenayahTindakan membunuh yang mempunyai alasan yang dibenarkan sama ada oleh undang-undang atau moral. Contohnya, dari sudut undang-undang jenayah, seseorang yang dituduh membunuh boleh membela diri dengan membangkitkan pembelaan pertahanan persendirian.
lethal mutationmutasi mautBiologiGenetikMutasi yang menyebabkan kemautan pramatang organisma yang membawanya. Kemautan dominan membunuh individu heterozigus sementara kemautan resesif hanya membunuh yang homozigus.
bacteriostaticbakteriostatikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan merencat pertumbuhan danpembiakan bakteria tanpa membunuh bakteria tersebut. 2. Agen yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria. Agen ini merencat pertumbuhan danpembiakan bakteria tanpa membunuh bakteria tersebut. Agen bakteriostatik perlu bekerjasama dengan sistem imun untukmemastikan keberkesanannya. Contoh agen ini ialah tetrasiklina, sulfonamida, spektinomisin, trimetoprim,kloramfenikol, makrolida dan linkosamida.
felonyjenayah beratKriminologiKeadilan JenayahKesalahan serius yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh minimum tidak kurang daripada satu tahun. Pengelasan jenayah ini dibuat mengikut undang-undang yang terpakai di sesebuah negara. Contohnya, kesalahan membunuh, percubaan untuk membunuh, pengubahan wang haram dan rompakan. Sinonim feloni.
12345678910...

Kembali ke atas