Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ru] | ممبورو

Definisi : 1. mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ru] | ممبورو

Definisi : 1 mengejar kerana hendak menangkap atau menyusuli sesuatu: Orang ramai dilarang ~ binatang di kawasan ini. 2 berusaha sungguh-sungguh supaya mendapat apa-apa yg dihajati: Di samping ~ kekayaan, janganlah kita lalai mengerjakan ibadat kpd Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memburu

Puisi
 

Orang memburu seberang sana,
     Dapat seekor landak betina;
Senjata buruk besi dah lama,
     Mana tikam susah nak kena.


Lihat selanjutnya...(13)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hunting switchsuis memburuKejuruteraanTiadaTiada
right of hot pursuithak memburuGeografiTiadaTiada
food gathering and hunting culturebudaya pungut makanan dan memburuGeografiTiadaTiada
istiyadperburuanPerniagaan IslamTiadaPerbuatan memburu haiwan yang tiada pemilik untuk tujuan perniagaan atau perdagangan seperti binatang liar atau unggas. Perburuan boleh berlaku secara langsung seperti menembak atau tidak langsung seperti memukat.
quest for powerburu kuasaSejarahTiadaPerbuatan menginginkan kuasa atau memburu kuasa dengan apa cara pun.
hunting groundkawasan buruLandskapTiadaKawasan yang dikhaskan untuk aktiviti memburu.
كلب الصيدanjing pemburuanAgama IslamFiqhAnjing yang dilatih khas untuk memburu.
hunting parktaman buruLandskapTiadaKawasan berlandskap yang direka bentuk khas untuk aktiviti memburu. Taman ini merupakan taman hutan semula jadi atau buatan manusia dan di dalamnya terdapat haiwan buruan seperti rusa, kancil, pelanduk dan sebagainya.
falconryfalkonriSukanTiadaSukan berburu menggunakan burung helang atau falkon yang dilatih untuk memburu burung dan haiwan kecil lain.
hunting reservationhutan simpan buruLandskapTiadaKawasan hutan yang diwartakan sebagai simpanan untuk aktiviti memburu.
12

Kembali ke atas